Tuanku Muhriz Inspects Guard Of Honour In Conjunction With Birthday Celebrations
KUALA PILAH, 25 Jan 2020 - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan bersempena Hari Keputeraan baginda ke-72.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan ialah kedua-dua putera baginda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-’Abidin.

Terdahulu, baginda dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud tiba di Padang Besar Seri Menanti pada 8.15 pagi disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun serta Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Dr. Razali Ab Malik.

Tuanku Muhriz kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai daripada 71 Regimen Semboyan Diraja Pemerintahan Medan Barat, Kem Perdana Sungai Besi yang diketuai Mejar Fairuzeyaza Yahya.