Waktu Solat Subuh Negeri Sembilan Ditambah Lapan Minit
Seremban, 7 Januari 2020 (Korporat SUKNS) - Waktu solat subuh di Negeri Sembilan ditambah lapan minit, berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa Isnin 6 Januari.

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Yusof Ahmad berkata keputusan untuk melaksanakan perkara itu telah mendapat persetujuan, daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Selaras dengan dengan perubahan ini, semua masjid dan surau di seluruh Negeri Sembilan hendaklah menggunakan azan subuh mengikut perubahan yang telah ditetapkan.

Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pegawai Ustaz Mohd Rashidi di talian 06-7652428 atau Ustaz Shamsul Zahri Mohd Salleh di talian 06-7652418.