ERAT@NS Pupuk Perpaduan Masyarakat Di Negeri Sembilan
Seremban, 20 Disember 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan Negeri Sembilan berharap lebih banyak pihak terlibat dalam program melalui Inisiatif Erat@NS yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2020 baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional Choo Ken Hwa berkata inisiatif bertujuan untuk memupuk hubungan kemasyarakatan dalam kalangan rakyat di negeri ini.

"Diharapkan inisiatif ini dapat melibatkan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk mempelbagaikan dan manfaatkan rencana program kawasan tersebut yang boleh melibatkan pelbagai bangsa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Bersama Media 2019 Anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban.

Sementara itu, Majlis Mesra Bersama Media 2019 yang diadakan dapat mengeratkan hubungan antara pengamal media dengan jabatan kerajaan. Pengamal media memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat penting dan dasar-dasar kerajaan dengan betul kepada orang ramai. Dengan adanya perjumpaan seperti ini dapat memudahkan interaksi serta melahirkan kerjasama yang lebih kukuh di masa akan datang.

Majlis itu dihadiri kira-kira 40 orang pengamal media di Negeri Sembilan.