Seremban, 10 April 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan untuk tidak menaikkan tarif air di negeri ini sebaliknya lebih memberi fokus bagaimana Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dapat mengurangkan kos operasi dan memaksimumkan keuntungan.

Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun, pendirian ini sekaligus menunjukkan bahawa Negeri Sembilan tidak termasuk dalam senarai enam negeri yang telah bersetuju untuk menaikkan tarif air.