• Penyelesaian Isu Penjaja Oleh Kerajaan Negeri Sembilan
    Penyelesaian Isu Penjaja Oleh Kerajaan Negeri Sembilan
  • Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz
    Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz
  • Pelaksanaan Banci 2020
    Pelaksanaan Banci 2020
  • Laporan Ketua Audit Negara
    Laporan Ketua Audit Negara
  • Pemakaian Pelitup Muka
    Pemakaian Pelitup Muka
  • Hirarki Pemimpin Adat Perpatih Negeri Sembilan
    Hirarki Pemimpin Adat Perpatih Negeri Sembilan
  • Tindakan Tatatertib Enggan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
    Tindakan Tatatertib Enggan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah Dan Tempat Kerja
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah Dan Tempat Kerja
  • Panduan Penganjuran Atau Menghadiri Majlis / Kenduri Kahwin
    Panduan Penganjuran Atau Menghadiri Majlis / Kenduri Kahwin
  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Kenderaan Awam
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Kenderaan Awam
  • Perhatian Kepada Golongan Berisiko
    Perhatian Kepada Golongan Berisiko
  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah
 
berita terkini

 


header
header

Today

CUTI UMUM

PERAYAAN

LAIN-LAIN

Ahli-EXCO-Kerajaan-NS-Isytihar-Harta
WISMA NEGERI (18 Julai):
Negeri Sembilan menjadi negeri pertama apabila 10 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Ahli Exco) mengisytiharkan harta mereka hari ini

sejajar dengan janji Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat seperti yang terkandung dalam manifesto parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Yang Berhormat Dr. Razali Ab. Malek, Penasihat Undang-Undang Negeri, Yang Berhormat Dato’ Iskandar Ali Dewa dan barisan ahli exco turut hadir dalam sesi tersebut.

Menteri Besar memaklumkan, maklumat pengisytiharan harta ini turut dipaparkan di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan, www.ns.gov.my bagi tempoh tiga bulan akan datang untuk tatapan umum.

“Pengisytiharan harta akan dibuat lagi selepas tempoh tiga tahun, walau bagaimanapun sekiranya terdapat sebarang penambahan atau pelupusan harta, ahli exco yang terlibat perlu membuat pengisytiharan semula,” katanya.

Menteri Besar turut berkata bahawa pengisytiharan harta ini sekaligus membuktikan kesungguhan PH dalam mencerminkan ketelusan dan transparensi dalam mentadbir kerajaan negeri.