SEREMBAN (5 Julai): Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan Tuan Haji Aminuddin Harun di Wisma Negeri hari ini.
Turut bersama mengiringi beliau Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Tuan Dr. Razali Ab. Malik dan Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Khidir bin Majid.
Kunjungan hormat diadakan sempena Majlis Perjumpaan dan Amanat Ketua Setiausaha dengan penjawat awam Kerajaan Negeri Sembilan yang berlangsung di Dewan Theattrete, Wisma Negeri.
Sempena kunjungan itu, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkesempatan meninjau di bahagian Laman Info Wisma Negeri yang turut berfungsi sebagai kaunter pertanyaan.