• Pendaftaran Taska Pejabat SUKNS Tahun 2024
    Pendaftaran Taska Pejabat SUKNS Tahun 2024
  • PANDUAN KESELAMATAN PEJABAT SEMPENA CUTI PERAYAAN
    PANDUAN KESELAMATAN PEJABAT SEMPENA CUTI PERAYAAN
  • Persediaan Monsun Timur Laut
    Persediaan Monsun Timur Laut
  • Selamat Datang MyGOVUC 2.0
    Selamat Datang MyGOVUC 2.0
  • Carta Alir Pengurusan Penggunaan Kit Ujian Kendiri Covid-19
    Carta Alir Pengurusan Penggunaan Kit Ujian Kendiri Covid-19
  • Flood and Well Being
    Flood and Well Being
  • Penjagaan Kesihatan Ketika Banjir
    Penjagaan Kesihatan Ketika Banjir
  • Pengenalan AD
    Pengenalan AD
  • Kelebihan AD
    Kelebihan AD
  • Polisi Kata Laluan
    Polisi Kata Laluan
  • Langkah Menukar Kata Laluan
    Langkah Menukar Kata Laluan
  • Penyelesaian Isu Penjaja Oleh Kerajaan Negeri Sembilan
    Penyelesaian Isu Penjaja Oleh Kerajaan Negeri Sembilan
  • Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz
    Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz
  • Hirarki Pemimpin Adat Perpatih Negeri Sembilan
    Hirarki Pemimpin Adat Perpatih Negeri Sembilan
  • Perhatian Kepada Golongan Berisiko
    Perhatian Kepada Golongan Berisiko
 
berita terkini

akta

AKTA/PEKELILING

 Seterusnya

 

tender

TENDER/SEBUT HARGA

  • Notis Penyebut Harga Berjaya SH/SUKNS/Bil.19/2023, SH/SUKNS/Bil.20/2023 dan SH/SUKNS/Bil.21/2023
  • Keputusan Sebut Harga JPV.NS.S.12/2023 dan JPV.NS.S.13/2023
  • Keputusan Sebut Harga JPV.NS.S.14/2023 dan JPV.NS.S.15/2023
  • Keputusan Sebut Harga JPV.NS.S.16/2023
  • Keputusan Sebut Harga JPV.NS.S.17/2023
  • Keputusan Sebut Harga JPV.NS.S.18/2023
  • Keputusan Sebut Harga JPV.NS.S.19/2023
  • Keputusan Sebut Harga JPV.NS.S.20/2023
  • Keputusan Pelupusan Aset Alih JPV.NS.S.4/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/LPNS/BIL.4/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.21/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.19/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.20/2023
  • Notis Kenyataan Pentender Berjaya T/SUKNS/BIL.6/2023
  • Notis Kenyataan Penyebut Harga Berjaya SH/SUKNS/BIL.15/2023 Hingga SH/SUKNS/BIL.18/2023
  • Notis Kenyataan Pentender Berjaya T/SUKNS/BIL.7/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S. 20/2023
  • Kenyataan Sebut Harga BP 17/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.17/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S.19/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.18/2023
  • Notis Kenyataan Penyebut Harga Berjaya SH/SUKNS/BIL.13/2023
  • Notis Kenyataan Tawaran Penyebut Harga Berjaya
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.16/2023
  • Notis Kenyataan Petender Berjaya T/SUKNS/BIL.5/2023 & T/SUKNS/BIL.8/2023
  • Notis Kenyataan Penyebut Harga Berjaya SH/SUKNS/BIL.9/2023 & SH/SUKNS/BIL.10/2023
  • Notis Pembukaan Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.14/2023
  • Notis Kenyataan Petender Berjaya BP08/2023 dan BP09/2023
  • Kenyataan Sebut Harga Bahagian Perumahan BP16/202
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL. 15/2023
  • Notis Pembukaan Tender T/SUKNS/BIL.7/2023
  • Notis Kenyataan Petender Berjaya T/SUKNS/BIL.4/2023
  • Notis Kenyataan Petender Berjaya T/SUKNS/BIL.3/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S. 18/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.13/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S.17/2023
  • Notis Pembukaan Tender T/SUKNS/BIL.8/2023
  • Kenyataan Tawaran SH/SUKNS/Bil. 11/2023
  • Kenyataan Tawaran SH/SUKNS/Bil. 12/2023
  • Kenyataan Tawaran SH/SUKNS/Bil. 14/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S. 16/2023
  • Notis Kenyataan Penyebut Harga Yang Berjaya Bagi Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.6/2023, BIL.7/2023 dan BIL.8/2023
  • Kenyataan Sebut Harga BP15/2023
  • Notis Kenyataan Penyebut Harga Berjaya SH/SUKNS/BIL.3/2023
  • Kenyataan Sebut Harga Bahagian Perumahan SHBP102023,BP112023,BP122023,BP132023 dan BP142023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S.15/2023
  • Notis Pembukaan Tender T/SUKNS/BIL.6/2023
  • Kenyataan Tawaran Tender T/SUKNS/BIL.7/2023
  • Kenyataan Tawaran Tender T/SUKNS/BIL.8/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S. 14/2023
  • Notis Pembuka Sebut Harga BP8/2023
  • Notis Pembuka Sebut Harga BP9/2023
  • Kenyataan Tawaran SH/LPNS/BIL.2/2023
  • Notis Kenyataan Petender Berjaya T/SUKNS/BIL.2/2023
  • Notis Penyebut Harga Berjaya SH/SUKNS/BIL.1/2023 dan SH/SUKNS/BIL.5/2023
  • Notis Pembukaan Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.8/2023
  • Notis Pembukaan Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.7/2023
  • Notis Pembukaan Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.6/2023
  • Kenyataan Tawaran Tender T/SUKNS/BIL.6/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL9/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL10/2023
  • Notis Pembukaan Tender T/SUKNS/BIL.4/2023
  • Notis Pembukaan Tender T/SUKNS/BIL.3/2023
  • Kenyataan Sebut Harga BP 9/2023
  • Kenyataan Sebut Harga BP 8/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S. 12/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S. 13/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih JPV.NS.S. PK 3/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih JPV.NS.S. PK 2/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih JPV.NS.S. PK 1/2023
  • Kenyataan Tawaran SH/LPNS/Bil.1/2023
  • Notis Penyebut Harga Berjaya SH/SUKNS/BIL.4/2023
  • Keputusan Sebut Harga JPV.NS.S.9/2023 Dan JPV.NS.S.11/2023
  • Notis Pembatalan Sebut Harga JPV.NS.S.10/2023
  • Kenyataan Tawaran Tender T/SUKNS/BIL.5/2023
  • Notis Penghantaran Dokumen Tender T/SUKNS/BIL.3/2023
  • Notis Pembukaan Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.5/2023
  • Kenyataan Tawaran Tender T/SUKNS/BIL.4/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.6/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.7/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.8/2023
  • Notis Kenyataan Penyebut Harga Berjaya JPV.NS.S.5/2023 hingga 7/2023
  • Notis Pembukaan Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.1/2023
  • Notis Pembukaan Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.1/2023
  • Notis Pembukaan Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.2/2023
  • Kenyataan Tawaran Tender T/SUKNS/BIL.3/2023
  • Notis Kenyataan Petender Berjaya BP01 Hingga 04/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.5/2023
  • Sebut Harga Berjaya JPVNS.S. 1 Hingga 4/2023
  • Notis Kenyataan Petender Berjaya T/SUKNS/BIL.1/2023
  • Notis Pembukaan Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.3/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.4/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S 11/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL. 2/2023
  • Kenyataan Tawaran Sebut Harga SH/SUKNS/BIL. 1/2023
  • Kenyataan Sebut Harga Bahagian Perumahan BP 07/2023
  • Kenyataan Sebut Harga Bahagian Perumahan BP 06/2023
  • Kenyataan Sebut Harga Bahagian Perumahan BP 05/2023
  • Kenyataan Tawaran Tender SH/SUKNS/BIL.3/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S. 10/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S. 9/2023
  • Pembuka Sebut Harga BP 01/2023 hingga BP 04/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S.8/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S.7/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S.6/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S.5/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S.4/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S.2/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S.3/2023
  • Kenyataan Tawaran Tender T/SUKNS/BIL.2/2023
  • Notis Sebut Harga JPV.NS.S 1/2023
  • Kenyataan Sebut Harga BP01/2023 Hingga BP04/2023
  • Kenyataan Tawaran Tender T/SUKNS/BIL.1/2023
  •  Seterusnya

     


    header
    header

    Today

    CUTI UMUM

    PERAYAAN

    LAIN-LAIN

    Perhimpunan_Pentadbiran_Kerajaan_NSDK_2018

    TEKS UCAPAN

    Y.A.B. TUAN HAJI AMINUDDIN BIN HARUN

    MENTERI BESAR
    NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

    SEMPENA

    PERHIMPUNAN PENTADBIRAN

    KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

    2018

    TARIKH : 25 MEI 2018 (JUMAAT)

    MASA : 7.50 PAGI

    TEMPAT : PERKARANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

    Y.B. DATO’ SERI HAJI MAT ALI BIN HASSAN,

    SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

    Y.B. BARISAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SEMBILAN YANG BARU DILANTIK PADA 23 MEI LALU

    Y.B. PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI

    Y.B. PEGAWAI KEWANGAN NEGERI

    Y.B. SOHIBUS SAMAHAH MUFTI KERAJAAN NEGERI

    Y.A.A. KETUA HAKIM SYARIE

    YBHG. PANGLIMA MARKAS 1 BRIGED

    YBHG. KETUA POLIS NEGERI

    TUAN PEGAWAI-PEGAWAI DAERAH

    YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN DAN DAERAH

    KETUA-KETUA JABATAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

    SETERUSNYA SELURUH WARGA PERKHIDMATAN AWAM, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN PARA PENJAWAT AWAM YANG SAYA HORMATI SEKALIAN.

    TEMA: BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERAKAN RAKYAT.

    Bismillahirrahmanirrahim.

    قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنزعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

    Katakanlah, “Wahai Rabb Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”. [Ali ‘Imrân (3):26].

    Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya jua, hasil dari pilihan dan dukungan rakyat melalui PRU 14, satu proses peralihan kuasa kepada Kerajaan baru Pakatan Harapan telahpun berlangsung sebaiknya, lancar dan sempurna, di Peringkat Pusat (10 Mei 2018) dan di peringkat Negeri Sembilan (12 Mei 2018) yang lalu.

    Sebagai insan yang diamanahkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan Ke 8, saya dengan penuh rendah diri, merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Saya amat-amat insaf, amanah yang sangat besar ini adalah juga suatu ujian daripadaNya. Dia Maha Berkuasa untuk memberi. Dia juga Maha Berkuasa untuk menarik semula pada bila-bila masa.

    Saya menjunjung kasih di atas perkenan DYMM Tuanku Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Dato’-Dato’ Undang Yang Empat di atas perlantikan ini.

    Begitu juga kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Timbalan Perdana Menteri YB Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum Pakatan Harapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli-Ahli Majlis Presiden PH dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (khususnya, seramai 20 ADUN PH) atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

    Paling istimewa, rakaman terima kasih saya kepada seluruh rakyat Negeri ini, yang telah memberikan kepercayaan kepada kami, melalui PRU 14 yang lalu. Harapan rakyat, akan kami tunaikan, InsyaAllah.

    Terima kasih yang tidak terhingga saya rakamkan juga kepada YAB Menteri Besar yang lalu, yang telah turut memungkinkan peralihan tersebut berjalan dengan mudah dan teratur.

    Bak kata perbilangan kita:

    Berjenjang naik, bertangga turun.

    Patah tumbuh, hilang berganti

    Pusaka bergilir, saka berwaris

    Sesungguhnya, ini menggambarkan, kualiti politik demokrasi kita sudah berada ditahap yang tinggi dan matang, seiring dengan negara-negara maju. Syukur Alhamdulillah.

    Hadirin yang dikasihi sekalian,

    Pada hari ini, saya berasa amat sukacita, kerana inilah julung kali saya bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam Majlis Amanat Menteri Besar untuk kakitangan Perkhidmatan Awam atas kapasiti sebagai Menteri Besar yang baru.

    Kepada YB. Dato Seri, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato Pegawai Kewangan Negeri, dan semua pegawai yang terlibat, dalam merencana dan mengatur majlis mulia ini.

    Berkayu berakar

    Tunku bercanggah

    Kerbau ditambang

    Beras dibasuh

    Inai diandam

    Orang dipanggil

    Kita rakamkan penghargaan kita dan tahniah. Dengan teranjurnya majlis hari ini, maka di sinilah peluang untuk saya menyampaikan gagasan, hasrat dan harapan secara bersemuka khusus untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

    Secara jujur, kami mengiktiraf pencapaian cemerlang yang telah dicapai oleh YAB Menteri Besar yang lalu dalam membangunkan Negeri Sembilan. Apa saja yang terbaik untuk rakyat, tetap akan kami kekalkan, malah, penambahbaikan berterusan. Kepada pihak YAB Menteri Besar yang lalu, seluruh anggota EXCO dan penjawat-penjawat awam yang terlibat, kami rakamkan ribuan terima kasih.

    Saya dapat melihat, tuan-tuan dan puan-puan yang hadir hari ini, datangnya dari segenap pelusuk Negeri Sembilan. Kehadiran ini adalah manifestasi komitmen dan iltizam tuan-tuan dan puan-puan kepada tugas sebagai anggota perkhidmatan awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negeri, khususnya dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan. Dengan dukungan kalianlah, maka rakyat Negeri Sembilan telah dapat menikmati pembangunan yang telah dicapai dalam semua sektor. Sumbangan dan jasa kalian amatlah besar. Ribuan terima kasih semuanya. Semoga Allah menerima apa juga yang disumbangkan, sebagai amal jariyah berkekalan.

    MEMPERKENALKAN BARISAN AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

    Pada kesempatan ini, izinkan saya untuk memperkenalkan barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah mengangkat sumpah pada 2 hari yang lalu dan senarai portfolio mereka.

    BILNAMAADUN
    01 Y.A.B. TUAN HAJI AMINUDDIN BIN HARUN
    MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN D.K.
    • KEWANGAN, TANAH & SUMBER ALAM
    • AGAMA ISLAM
    • PELANCONGAN
    • KESELAMATAN
    • INFRASTRUKTUR & KEMUDAHAN AWAM
     
    02 Y.B. TUAN TEO KOK SEONG
    • KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN, KERAJAAN TEMPATAN & KAMPUNG BARU
    BAHAU
    03 Y.B. DR. MOHD RAFIE BIN AB. MALEK
    • PELABURAN, PERINDUSTRIAN, KEUSAHAWANAN, PENDIDIKAN & MODAL INSAN
    AMPANGAN
    04 Y.B. TUAN MOHD TAUFEK BIN ABD GHANI
    • PEMBANGUNAN BELIA & SUKAN
    PAROI
    05 Y.B. TUAN ISMAIL BIN AHMAD
    • PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
    LABU
    06 Y.B. TUAN ARUL KUMAR A/L JAMBUNATHAN
    • SUMBER MANUSIA, PERLADANGAN & HAL EHWAL BUKAN ISLAM
    NILAI
    07 Y.B. TUAN BAKRI BIN SAWIR
    • PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
    KLAWANG
    08 Y.B. TUAN MOHD NAZARUDDIN BIN SABTU
    • KESENIAN, KEBUDAYAAN & ADAT ISTIADAT MELAYU
    PILAH
    09 Y.B. TUAN VEERAPAN A/L SUPERAMANIAM
    • KESIHATAN, ALAM SEKITAR, KOPERASI & KEPENGGUNAAN
    PILAH
    10 Y.B. PUAN TAN LEE OON
    • HAL EHWAL WANITA & KEBAJIKAN
    KEPAYANG
    11 Y.B. TUAN CHOO KEN HWA
    • PERPADUAN, PENERANGAN & INTEGRASI NASIONAL
    LUKUT

    Inilah barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kita. Saya mohon, berilah ketaatan tanpa berbelah bahagi kepada barisan kepimpinan Negeri kita yang tercinta ini.

    Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

    Saya sempat merujuk serba sedikit sejarah Perkhidmatan Awam di Malaysia. Di zaman British, ia dinamakan Malayan Civil Service (MCS). Secara ringkas, ia mula ditubuhkan pada awal tahun 1700 apabila Syarikat India Timur British menakluki Pulau Pinang. Pada waktu itu, pemegang biasiswa terbaik dan pintar dari England, telah dilantik sebagai Pegawai Tadbir. Laporan Northcote-Trevelyan (1845), telah menggariskan etos perkhidmatan awam. Paling utama, perkhidmatan awam adalah neutral dari segi politik. Ini bermakna, prinsip perkhidmatan awam adalah memberikan kesetiaan sepenuhnya kepada Kerajaan yang memerintah pada hari yang berkenaan (Government of the day), tanpa mengira apa jua fahaman politik. Penjawat awam yang profesional, perlu menawarkan buah fikiran serta pandangan yang wajar dan adil, demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Akhirnya, Perkhidmatan Awam harus memastikan kestabilan berterusan sekiranya berlaku pertukaran Kerajaan yang memerintah. Doktrin asas ini menentukan prinsip am Perkhidmatan Awam Malaysia untuk tempoh 61 tahun yang lalu sejak negara mencapai kemerdekaan.

    Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan saya, agar seluruh Penjawat Awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang ada ini seramai 3,589 dari Jabatan-Jabatan Negeri, 1,595 dari Pihak Berkuasa tempatan dan 230 orang daripada Badan Berkanun Negeri, suapaya supaya memberikan sepenuh komitmen kepada kepimpinan baru Kerajaan Pakatan Harapan, demi kesejateraan diri, keluarga, masyarakat dan seluruh rakyat jua.

    Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi sekalian,

    Sekali air bah, sekali pantai berubah. Indahnya lautan, pulau-pulau dan pantainya, adalah kerana ada pasang dan surut airnya. Dek merasa dirinya hebat dan perkasa, dinosaur yang enggan berubah, akhirnya pupus dan tenggelam ditelan zaman. Perubahan itu suatu ketetapan Ilahi. Ia suatu yang pasti terjadi. Selain Tuhan Pencipta alam ini, tiada yang kekal abadi, melainkan perubahan. Enggan berubah dan bersifat jumud, adalah melanggar fitrah dan ketentuan Allah. Tamadun sesuatu bangsa, akan maju, perkasa dan membina tamadun tinggi apabila sedia membuat perubahan apabila tiba masanya berbuat demikian.

    Namun, kita tidak boleh bersikap selesa dan tenggelam dalam nostalgia dengan pencapaian lalu. Dunia hari ini sangat pantas berkembang. Persaingan tamadun dunia yang sangat sengit dan mengancam. Maka, ini semua menuntut diri kita untuk sentiasa membuat perubahan demi perubahan. Hanya dengan cara inilah, kita sama-sama dapat memberi khidmat memberi khidmat terbaik demi kesejahteran rakyat seluruhnya.

    TEMA KEPIMPINAN

    Tuan-tuan dan puan-puan,

    Berdasarkan matlamat kita bersama untuk mengangkat martabat dan mensejahterakan hidup rakyat, maka saya ingin mencadangkan satu tema kepimpinan dan pengurusan Negeri Sembilan seperti yang berikut iaitu:

    “BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERAKAN RAKYAT”

    Tema di atas bukanlah suatu yang baru bagai rakyat Negeri Sembilan. Bersih yang dimaksudkan adalah kebersihan lahiriah dan batiniah. Kebersihan lahiriah merangkumi kebersihan diri, rumah, tempat makan, kawasan perumahan, desa-desa, sungai, hutan dan alam sekitar keseluruhannya. Manakala kebersihan jiwa bermaksud, bersih dari sifat-sifat jiwa yang merosakkan (mazmumah – pemarah, hasad dengki, bakhil, buruk makan, buruk Bahasa, gila kuasa, gila dunia, syok sendiri (ujub), sombong (takabbur) dan menunjuk-nunjuk (riya’). Selepas dibersihkan, jiwa itu akan menjadi hebat dan tinggi apabila dimantapkan sifat-sifat terpuji (mahmudah) iaitu takut kepada Tuhan (khauf), selalu ingat kematian (Zikr al-Maut), rasa kasih sayang sesama insan, hidup yang sederhana, (zuhud), berserah kepada Ilahi (Tawakkal), Ikhlas, Syukur, Redha dan Sabar.

    Melalui tema “BERSIH’ ini, maka kita berharap akan terbentuk sistem perkhidmatan awam yang ikhlas, jujur, amanah, sabar, pengasih, perihatin, berlumba-lumba untuk membuat kebaikan, sentiasa memperbaharui niat bekerja kerana ibadat, sentiasa kreatif dan proaktif dan bersikap ihsan dan ahsan (meningkatkan kecemerlangan tugas secara istiqamah). Dengan nilai-nilai murni ini, akan terhindarlah sikap curi tulas, rasuah, ponteng, menikam jabatan sendiri dari belakang, menularkan gosip dan fitnah melalui media sosial dan sebagainya.

    Dalam konteks hari ini, isu utama yang hangat diperbincangkan kini adalah gejala rasuah. Kita dapat melihat jelas akan perkembangan terkini dalam isu ini. Sebaik saja Perdana Menteri dan Kerajaan Pakatan Harapan memulakan tugas, tindakan terhadap gejala ini telah dilakukan serta merta. Adalah cukup mendukacitakan, gejala pecah amanah, ketirisan dan kecurian wang rakyat, menampakkan seperti telah begitu membarah pada sebahagian kecil perkhidmatan awam. Kita amat berharap, dengan tindakan tegas dan pantas yang telah dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan, barah gejala ini dapat dibersihkan segera. Dan, sebahagian penjawat awam yang ikhlas dan jujur, akan dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh komitmen dan cemerlang.

    Gejala rasuah adalah pemusnah integriti diri dan kesejahteraan, keluarga, masyarakat dan negara. Dengan wang rasuah, hati menjadi kotor, sakit dan mati. Dek kerana rasuah, keluarga kita akan ditimpa bencana resah, gelisah, krisis dan kemusnahan. Rasuah boleh menyebabkan kemudahan awam tidak berkualiti yang bakal mendera dan akan mengakibatkan kemalangan ramai rakyat yang tidak berdosa. Dek rasuah, sebuah masyarakat akan menjadi huru-hara dan pecah belah. Pada kemuncaknya, seorang perasuah boleh melakukan jenayah ugut, bunuh, menjual tanah rakyat dan menjual negara kepada musuh luar.

    Kebersihan hati akan membentuk insan yang memiliki nilai-nilai murni dan budaya tinggi. Hubungan silaturrahim sesama kita akan lebih akrab dan berkesan. Dalam melaksanakan tanggaungjawab kita mudah berunding dan bermuafakat.

    Kini kita berada di dalam bulan Ramadhan. Bulan ini adalah bulan madrasah rohaniyah. Inilah bulan untuk membersihkan dan memurnikan hati dan jiwa kita dengan membersihkan jiwa dari segala sifat keji dan mengukuhkan jiwa dengan segala sifat-sifat terpuji. Dengan sifat-sifat terpuji inilah akan terpancar tingkahlaku dan sahsiah cemerlang kepada alam dan kepada insan. Paling utama, ketrampilan komunikasi, silaturrahim dan bermuafakat.

    Budaya muafakat adalah suatu tradisi yang begitu berakar umbi di Negeri Sembilan. Ia merupakan kekuatan dan kehebatan yang selalu kita abai dan semakin dilupakan. Melalui budaya muafakat terlalu banyak masalah akan dapat dileraikan dan rakyat dapat dibangun dan dimajukan. Perbilangan rakyat Negeri Sembilan selalu menyebut:

    Kelebihan nabi dengan mukjizat

    Kelebihan manusia dengan muafakat

    Bulat air kerana pembetung

    Bulat manusia kerana muafakat

    Ibu hukum adalah muafakat

    Ibu adat adalah muafakat

    Agama Islam amat menggalakkan umatnya untuk hidup saling bermuafakat dalam masyarakat bagi menjamin keamanan, kedamaian dan kesejahteraan hidup. Tanpa muafakat tidak mungkin perpaduan dan keselamatan dapat dinikmati. Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Surah al-Ma’idah ayat 2:

    Surah_Al-Ma'idah_Ayat_2

    Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

    Maka, bersesuaian dengan janji kami dari Kerajaan PH kepada rakyat, Pentadbiran Kerajaan yang baru ini akan bekerja keras melaksanakan segala janji di manifesto lalu dengan segera. Kami sedar, harapan rakyat sangat tinggi. Rakyat juga sedang memerhati dan membuat penilaian. Dalam merealisasikan harapan rakyat ini, marilah sama-sama kita melaksanakan konsep urustadbir “Bersih, Muafakat, Sejahtera”, berlandaskan tatakelola baik, amanah, telus dan kebertanggungjawaban. Semua pihak sama ada Barisan Pembangkang, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan semua kelompok masyarakat madani (civil societies), terutama bijak pandai anak-anak Negeri ini, marilah bersama-sama kita semarakkan silaturrahim, budayakan dialog hikmah dan memeriah idea baru demi negeri dan rakyat.

    Hakikatnya semua kelompok rakyat mempunyai potensi masing-masing, berguna dan perlu dimanfaatkan.

    Tuan-tuan dan puan-puan,

    Selepas mengongsikan falsafah dan dasar-dasar kepimpinan dan pengurusan saya seperti yang yang dinyatakan di atas, maka tibalah masanya saya membentangkan apakah agenda yang wajib kita laksanakan kepada rakyat Negeri Sembilan. Agenda-agenda ini hendaklah bersama-sama kita sempurnakan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun mulai sekarang. Sesungguhnya, 10 Agenda ini adalah merupakan JANJI Kerajaan hari ini (Pakatan Harapan) kepada rakyat. Berasaskan JANJI inilah maka, Kerajaan hari ini diamanahkan oleh rakyat. Sekarang, rakyat sedang menunggu supaya JANJI tersebut dapat ditunaikan.

    AGENDA tersebut adalah:

    1. Membentuk Pentadbiran Berintegriti Tinggi.
    2. Pemantapan Ekonomi dan Pembangunan Lestari dan Seimbang.
    3. Pemahaman dan Pemantapan Agama.
    4. Dasar Pembangunan Tanah dan Perumahan Lebih Merakyat.
    5. Melonjakkan Kemajuan Pendidikan Negeri.
    6. Pembangunan Wanita dan Kesejahteraan keluarga.
    7. Pengukuhan Keselamatan, Perpaduan dan Kebajikan Masyarakat.
    8. Memperkasaka Institusi Adat dan Penghayatan Budaya & Seni.
    9. Memajukan Kerjaya Anak Muda & Kesukanan.
    10. Meningkatkan Kemajuan Prasarana, Kemudahan Awam, Alam Sekitar dan Kesihatan.

    Tuan-tuan dan puan-puan,

    Sebagai sebuah Kerajaan baru, tugas dan tanggungjawab untuk melaksanakan amanah-amanah yang tersebut di atas adalah amat berat. Institusi yang boleh membantu saya sebagai Menteri Besar dan rakan-rakan EXCO yang lain, bagi melaksanakan amanah tersebut di atas, adalah tuan-tuan dan puan-puan jua. Justeru, sebagai anggota Perkhidmatan Awam, berasaskan tugas kita sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi ini dan niat bekerja sebagai ibadat demi mensejahterakan rakyat, saya menyeru, marilah bersama-sama kita mengenepikan segala perbedaan pandangan dan aliran politik, mengukuhkan silaturrahim dan perpaduan sesama kita, bersama-sama kita bermuafakat untuk menjayakan 10 Agenda besar ini.

    Arak-arak kelapa puan, tidak puan kelapa bali

    Saya berharap kepada tuan, tidak tuan siapa lagi.

    Inilah antara cetusan inspirasi yang dapat saya kongsikan pada hari ini. Pandangan balas, kritikan dan cadangan membina daripada semua rakyat amat dialu-alukan. Kita akan susun dan laksanakan segala agenda kita secara terancang, strategik dan berkesan. InsyaAllah.

    Adat gunung timbunan awan

    Adat bukit timbunan angin

    Adat lurah timbunan air

    Adat teluk timbunan kapal

    Adat ketua timbunan umpat

    Sesungguhnya, saya sedar dan insaf, saya bukanlah insan yang sempurna. Pastilah ada cacat celanya. Jika saya betul, bantulah saya. Jika saya silap, betulkanlah saya. Sebagai Menteri Besar, saya suka ingatkan diri saya sendiri, Penjawat awam semua peringkat, barisan EXCO dan pegawai-pegawai yang dilantik, bahawa apa yang buat sentiasa perhatian Allah dan dicatat oleh para malaikat. Sama ada baik atau buruk, Allah akan membalas amalan kita di dunia ini lagi. Justeru, Bersamalah kita melaksanakan tanggungjawab kita dengan sepenuh ihsan.

    Sekian. Wabillahhitaufek walhidayah.

    Assalamualaikum wbt.