Ketua_Audit_Negara_Malaysia_Rasmi_Mesyuarat
WISMA NEGERI:
Ketua Audit Negara Malaysia Yang Berbahagia Tan Sri Dr Madinah binti Mohamad telah mempengerusikan Mesyuarat Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Sembilan Bagi Tahun 2017 pada 22 Mei yang lalu di Bilik Gerakan Wisma Negeri.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) Dato’ Che Isa bin Che Kob, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Seri Mat Ali bin Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Johani bin Hassan, serta pegawai pegawai kanan Kerajaan Negeri Sembilan.