• Penyelesaian Isu Penjaja Oleh Kerajaan Negeri Sembilan
    Penyelesaian Isu Penjaja Oleh Kerajaan Negeri Sembilan
  • Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz
    Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz
  • Pelaksanaan Banci 2020
    Pelaksanaan Banci 2020
  • Laporan Ketua Audit Negara
    Laporan Ketua Audit Negara
  • Pemakaian Pelitup Muka
    Pemakaian Pelitup Muka
  • Hirarki Pemimpin Adat Perpatih Negeri Sembilan
    Hirarki Pemimpin Adat Perpatih Negeri Sembilan
  • Tindakan Tatatertib Enggan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
    Tindakan Tatatertib Enggan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah Dan Tempat Kerja
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah Dan Tempat Kerja
  • Panduan Penganjuran Atau Menghadiri Majlis / Kenduri Kahwin
    Panduan Penganjuran Atau Menghadiri Majlis / Kenduri Kahwin
  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Kenderaan Awam
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Kenderaan Awam
  • Perhatian Kepada Golongan Berisiko
    Perhatian Kepada Golongan Berisiko
  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah
 
berita terkini

 


header
header

Today

CUTI UMUM

PERAYAAN

LAIN-LAIN

TPM_Bersama_Rakyat_di_Majlis_Minum_Petang
PAROI:
Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disambut meriah dengan kehadiran lebih enam ribu penduduk dari Taman Satria dan kawasan berhampiran.

Majlis yang berlangsung di Padang Awam, Taman Satria, turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Seri Dr Awaludin Said, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Duta Besar Malaysia ke Kemboja merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah, Dato’ Seri Hassan Malek dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Seri Mat Ali Hassan.

Sempena majlis berkenaan Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada 317 orang asnaf di enam kariah masjid dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Paroi. Masjid berkenaan ialah Masjid Bandar Senawang, Masjid At-Taqwa, Masjid Taman Rasa Sayang, Masjid Senawang Jaya, Masjid Taman Marida dan Masjid Taman Tuanku Jaafar.

Timbalan Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan bagi membina Dewan Mini Serbaguna di Taman Satria, membaikpulih tebing runtuh di Kampung Sentosa Jaya dan menaiktaraf jambatan di kawasan perindustrian Kuala Sawah di Rantau.