Kelab_Sukan_Dan_Kebajikan_PSUKNS_Anjur_Majlis_Tahlil
WISMA NEGERI:
Pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) bersama-sama mengadakan majlis tahlil buat rakan-rakan mereka yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan yang berlangsung di Dewan Theatterate, Wisma Negeri.

Majlis tahlil yang dipimpin oleh Encik Mohd Zakwan bin Abdul Malek ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan PSUKNS bersempena dengan Program Perjumpaan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bersama dengan Pegawai dan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Mereka yang telah meninggal dunia ialah Allahyarham Musthafa Kamal bin Abdul Aziz, Pegawal Keselamatan; Wahi Anuar bin Abdul Hadi, Pembantu Awam; Romania binti Zuhor, Pemandu Kenderaan dan Allahyarhamah Norhaliza binti Mohd Ali, Pegawai Khidmat Pelanggan.

Semoga roh Allahyarham dan Allahyarham ditempatkan disisi roh orang-orang yang beriman dan beramal solleh dan damailah ditempat persemadian yang abadi. Sesungguhnya dari Allah swt kita datang dan kepadaNya jualah kita dikembalikan.