• Penyelesaian Isu Penjaja Oleh Kerajaan Negeri Sembilan
    Penyelesaian Isu Penjaja Oleh Kerajaan Negeri Sembilan
  • Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz
    Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz
  • Pelaksanaan Banci 2020
    Pelaksanaan Banci 2020
  • Laporan Ketua Audit Negara
    Laporan Ketua Audit Negara
  • Pemakaian Pelitup Muka
    Pemakaian Pelitup Muka
  • Hirarki Pemimpin Adat Perpatih Negeri Sembilan
    Hirarki Pemimpin Adat Perpatih Negeri Sembilan
  • Tindakan Tatatertib Enggan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
    Tindakan Tatatertib Enggan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah Dan Tempat Kerja
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah Dan Tempat Kerja
  • Panduan Penganjuran Atau Menghadiri Majlis / Kenduri Kahwin
    Panduan Penganjuran Atau Menghadiri Majlis / Kenduri Kahwin
  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Kenderaan Awam
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Kenderaan Awam
  • Perhatian Kepada Golongan Berisiko
    Perhatian Kepada Golongan Berisiko
  • Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah
    Langkah Pencegahan COVID-19 Di Sekolah
 
berita terkini

 

 


header
header

Today

CUTI UMUM

PERAYAAN

LAIN-LAIN

Majlis_Perasmian_UTC
SEREMBAN:
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak merasmikan Pusat Tansformasi Bandar (UTC) yang pertama di Negeri Sembilan yang terletak di Bandar Baru Ampangan pada 30 November lalu.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Awaludin Said.

Menteri Besar ketika menyampaikan ucapan aluannya berkata, UTC ini mula beroperasi pada 20 November lalu mulai jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam dan dibuka pada setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad kecuali cuti umum persekutuan dan negeri.

“UTC di negeri ini merupakan yang ke-13 dibina di Malaysia dan jika dicampurkan dengan UTC negeri dan UTC bandar, ia merupakan UTC ke 20 secara keseluruhan,” katanya.

Menururtnya, UTC ini juga merupakan UTC kedua yang mempunyai kaunter bersepadu 1Serve, iaitu kaunter pelbagai perkhidmatan dari tiga agensi iaitu Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pendaftaran Negara.

“Maksudnya, pegawai di kaunter JPJ boleh juga memberi perkhidmatan di JIM ataupun JPN yang secara tidak langsung pelanggan tidak perlu mengambil nombor baru untuk perkhidmatan lain kerana satu kaunter mempunyai semua perkhidmatan untuk ketiga-tiga agensi,” katanya.

Sebanyak 18 agensi kerajaan dan swasta di tempatkan di tiga tingkat Bangunan Angsana yang antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Agensi lain ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Lembaga Tabung Haji, Majlis Amanah Rakyat, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kementerian Belia dan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.

Menteri Besar juga berkata, di UTC Negeri Sembilan turut menyediakan pejabat JOBS Malaysia dimana sehingga kini, JOBS Malaysia telah berjaya menawarkan pekerjaan kepada 11,446 sepanjang tahun 2017.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap supaya segala kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan ini dijadikan sebagai platform terbaik untuk sekalian masyarakat mendapatkan perkhidmatan.

Jelasnya, umum mengetahui, pengwujudan UTC ini telah banyak membantu memudahkan urusan harian dan keperluan mereka mendapatkan perkhidmatan dari agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO, dalam satu bangunan, dalam satu pusat sehenti, yang terletak di satu kawasan yang strategik di Ampangan.