|
|
|
| |
|
 |
|
|
|

UNIT
PERANCANG EKONOMI NEGERI SEMBILAN (UPEN,NS)
PENGENALAN
Unit Perancang Ekonomi Negeri, Negeri Sembilan (UPEN.NS) terlibat
secara langsung dalam perancangan sosioekonomi bagi sesuatu negeri.
Perancangan sosioekonomi adalah usaha untuk menyediakan kaedah bagi
mencapai matlamat sesuatu dasar awam dalam suatu tempoh masa seperti
Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP), Rancangan Lima Tahun, Pelan
Struktur/Tempatan dan Pelan Strategik.
PERUBAHAN FUNGSI DAN PERANAN
UPEN.NS telah berkembang dan mengalami
perubahan fungsi dan peranan selari dengan Dasar Pembangunan
Nasional dan Dasar Pembangunan Negeri Sembilan.
Perkembangan ini adalah juga
selaras dengan perkembangan semasa dalam era information
and communication technology
- ICT bagi menjaga kepentingan pentadbiran Kerajaan Negeri
Sembilan serta usaha-usaha memastikan Negeri Sembilan maju, aman
dan kompetitif dalam pembangunan di semua sektor dan daerah. Dalam
masa yang sama UPEN.NS perlu memantau projek-projek pembangunan
di Negeri Sembilan yang dilaksanakan oleh Jabatan-Jabatan
Persekutuan dan Negeri serta badan-badan berkanun di Negeri
Sembilan.
TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB
Tugas dan tanggungjawab UPEN.NS
sebenarnya amat berat dan meningkat memandangkan tugasnya
bukan saja dari segi perancangan tetapi juga membabitkan
aspek operasi dan penyelenggaraan. Dalam masa yang sama,
UPEN.NS harus memikul tugas penting yang asas iaitu
menggubal dasar-dasar berkaitan pembangunan, memantau,
mengawal dan menyediakan garis panduan akan isu-isu yang
timbul. Nasihat dan perakuan kepada Kerajaan Negeri dibuat
dari semasa ke semasa oleh UPEN tentang perkara berkaitan
seperti Pembangunan Negeri, Pelan Induk, penswastaan, Majlis
Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN), smart
partnership dan sebagainya.
Perbelanjaan Pembangunan Negeri
Pemantauan semua program/projek yang
dilaksanakan oleh jabatan/agensi di Negeri Sembilan
dilakukan
sepanjang masa dan dilaporkan
melalui
Majlis Tindakan Negeri (MTN)
dan Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTN) di mana
Tmbalan SUK I adalah ahlinya. Secara berkala laporan juga
dibuat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Secara
dasarnya, UPEN.NS bukan sahaja bertanggungjawab merancang
tetapi juga memantau semua projek pembangunan di Negeri
Sembilan yang
menggunakan peruntukan negeri
dan peruntukan persekutuan.
Reformasi Dalam Pengurusan Pembangunan Negeri
Beberapa reformasi
dalam pengurusan pembangunan telah dilaksanakan dalam usaha
memastikan Dasar Pembangunan Nasional tercapai bagi kemajuan
dan kesejahteraan rakyat contohnya ialah MyGDI, GIS9 dan SPP
II. Beberapa strategi dalam pembangunan Negeri Sembilan
telah dirangka seperti di sektor pembuatan, pertanian,
pelancongan, infrastruktur, pembangunan sumber manusia
(modal insan), pembangunan seimbang dan juga pembangunan
usahawan.
Pelan Struktur/ Pelan Pembangunan Negeri
Timbalan SUK I
(Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN.NS menjadi ahli kepada
Jawatankuasa Penyediaan Pelan Struktur Negeri dan
mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal. Penyediaan
pelan struktur termasuk
pelan-pelan tempatan adalah perlu bagi panduan dan rujukan
arah pembangunan negeri. Melalui jawatankuasa-jawatankuasa
ini, pemantauan hala tuju dan strategi
pembangunan negeri dapat dirancang dan
ditetapkan bagi mencapai sasaran menjadi Negeri Maju
menjelang tahun 2020.
|
|
|
|
|
|
|