SUKNS RSS Feed
      <language>en</language>
Majlis Perjumpaan Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan bersama Pegawai-pegawai Pentadbiran Kerajaan N
	         <description>SEREMBAN, 13 Mac – Y.A.B Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini, telah hadir di dalam majlis perjumpaan bersama dengan pegawai-pegawai di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang diadakan di Klana Resort Seremban.
Seramai 500 orang pegawai dari seluruh jabatan di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan telah menghadiri majlis tersebut. 
Di dalam majlis itu, Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan telah memberi amanat kepada semua yang hadir bahawa sentiasa mengamalkan sikap jujur dan ikhlas di dalam menjalan tugas. Beliau berkata lagi, apabila kita mengamalkan sikap jujur dan ikhlas, kita dapat menjalankan semua dasar-dasar kerajaan dengan baik dan manfaatnya akan dapat dirasai oleh rakyat.
Di dalam majlis tersebut, Y.A.B Menteri Besar turut melancarkan Tabung Wira Lahad Datu bagi meringankan beban keluarga parajurit-parajurit Negara yang telah gugur dan cedera di Lahad Datu, Sabah.
Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai Kewangan Negeri, Y.B. Dato’ Ab. Radzak bin Ab. Rahman, Sohibus Samahah Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Ketua Hakim Syarie, Y.A. Dato’ Hj. Hussin bin Hj. Harun, Ketua Hakim Syarie, Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.B. Dato’ Hj. Mat Ali bin Hassan, serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.</description>
Majlis Santapan Negeri Sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke65
	         <description>SEREMBAN, 23 Feb – Bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan , Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir ke-65 , Kerajaan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan mengadakan Majlis Santapan Negeri di Allson Klana Resort Seremban, malam tadi.
DYMM Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan , Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan  mencemar duli turut berangkat menghadiri majlis Santapan Negeri malam tadi.
Berangkat sama ialah  permaisuri baginda, DYMM Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud serta diiringi oleh Y.A.M Putera yang Empat.
Turut hadir ialah isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Hjh Salbiah Tuanku Nujumuddin.
Dalam ucap sembah ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Besar, Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, merafakkan rasa syukur dan terima kasih kerana DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mencemar duli  berangkat ke majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri .
Beliau mewakili rakyat Negeri Sembilan melafaz ikrar dan taat setia tidak berbelah bagi di bawah Duli Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang menjadi ketua negeri dan merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.
Tambah beliau lagi, dengan keprihatinan dan sifat semula jadi Duli Tuanku, keakraban itu akan menjadikan hubungan silaturahim bertambah erat.
Dengan rasa rendah hati, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan turut bermohon dan berharap agar DYMM Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat di atas kepimpinan beliau mentadbir kerajaan negeri selama ini.
Menteri Besar juga menyatakan bahawa di bawah kepimpinan beliau, beliau akan memastikan hak dan keutamaan rakyat di utamakan.
Di dalam majlis yang sama, DYMM Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir turut pekenan memotong kek keputeraan baginda.
Majlis ini turut di hadiri oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; Undang Luak Jelebu, Dato’ Musa bin Wahab, Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani, Undang Luak Jelebu Dato’ Musa dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri.
Wakil-wakil rakyat, kaki tangan kerajaan dan Badan-badan NGO turut meraikan Hari Keputeraan</description>
Projek PR1MA Seremban Utara Memudahkan Akses Ke Lebuhraya LEKAS Untuk Penduduk Seremban.
	         <description>SEREMBAN, 23 Feb – Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) hari ini mengumumkan permulaan kerja pembinaan Persimpangan Temiang-Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) dan Laluan Masuk ke projek PR1MA Seremban Utara yang akan memberi akses ke LEKAS kepada lebih dari 20,000 penduduk di Temiang, Sikamat, Ampangan, Nilai, Mambau, Senawang, Paroi dan lobak.
Upacara pecah tanah telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan disaksikan oleh YBhg Dato’Abdul Mutalib Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA dan YBhg Tan Sri Dato’ Dr Gan Kong Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Kota Sdn Bhd.
“Saya ingin memuji usaha Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), PR1MA dan Lapangan Kota bukan sahaja dalam membangunkan rumah mampu milik berciri gaya hidup untuk warga berpendapatan pertengahan di Seremban dengan adanya akses ke LEKAS yang merupakan nadi perhubungan utama kepada pengguna-pengguna yang menuju ke selatan selain daripada Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Persekutuan sedia ada,” kata YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad.
Lebuhraya LEKAS sepanjang 44.3 kilometer yang menghubungkan Seremban dengan Kuala Lumpur menerusi Kajang adalah laluan alternative yang penting kepada Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban bagi penduduk Seremban.
Kemudahan akses jalanraya ke lebuhraya LEKAS, yang diusahakan oleh PR1MA dan Lapangan Kota diharap akan menjadi pemangkin pembangunan di kawasan persekitaran seterusnya meningkatkan lagi nilai hartanah di situ.
Dato’ Mutalib berkata PR1MA berbesar hati untuk memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup penduduk Seremban dan merealisasikan janji yang diberi Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Utama Najib Tun Razak untuk membina rumah mampu milik berciri gaya hidup bagi golongan berpendapatan pertengahan di kawasan tersebut pada tahun lepas.
“Kami sedang mencapai kemajuan yang memberansangkan dalam komitmen kami untuk membangunkan rumah mampu milik berciri gaya hidup di 50 lokasi-likasi strategic meliputi kawasan pusat-pusat Bandar di seluruh Negara sehingga tahun 2013. Dengan lebih banyak pengumuman yang bakal dibuat pada masa yang akan datang, kami berharap ramai golongan berpendapatan pertengahan di seluruh Negara akan mengecapi impian mereka untuk memiliki rumah mereka sendiri” kata Dato’ Abdul Mutalib.
PR1MA Seremban Utara adalah kerjasama diantara PR1MA dengan Lapangan Kota Sdn Bhd dan ia adalah sebahagian daripada pembangunan PR1MA di Seremban yang diumumkan oleh Perdana Menteri di bulan September tahun lepas, untuk menawarkan 5,700 rumah mampu milik di kawasan ini.</description>
Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 1434H/2013M
	         <description>PAROI, 21 Feb. – Tema Majlis Menghafaz Al-Quran kali ini, “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mempunyai pengertian yang amat bermakna kepada seluruh umat Islam.
Sesungguhnya masyarakat yang berjaya ialah masyarakat yang hidup bersederhana, bertoleransi dan saling memahami di antara satu sama lain.
Majlis Menghafaz Al-Quran yang berlangsung selama dua hari di Pusat Dakwah Islamiyah Negeri Sembilan, Paroi di sempurnakan oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Baginda perkenan menyempurna seterusnya hadir di majlis hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan sebagai tanda sokongan bahawa pendidikan imu agama yang diinstitusikan oleh Kerajaan Negeri memberi manfaat dan faedah kepada pembangunan modal insan di dalam negeri pada masa akan datang.
Hadir sama, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Menyambut kehadiran baginda, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan serta isteri Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin.
Di dalam ucapan Menteri Besar, beliau amat mengalakkan program seumpama ini dilaksanakan.
Malah, katanya, “..tentunya ia medium terbaik buat para peserta sekalian khususnya juga kepada mereka yang menceburi bidang yang sekaligus menyuburkan perkembangan huffaz di negeri ini dari semasa ke semasa.”
“Majlis ini adalah merupakan manifestasi Kerajaan Negeri untuk terus meninggikan lagi syiar Islam di negeri ini di samping bertujuan memberi pengiktirafan peranan yang dimainkan oleh individu yang terlibat dalam memelihara kesucian Al-Quran.” tambah beliau.
“Risalah Allah SWT menerusi Al-Quran, ternyata tidak mempunyai garis batasan sempadan, waktu dan zaman, tidak terhad kepada bangsa dan status manusia.
Sebaliknya, ia adalah risalah yang memberi kerahmatan kepada seluruh alam. Apabila dikupas, segala isi dan khazanahnya, menyerlahkan sifat kesyumulan merangkumi aspek syariah dan tatacara kehidupan yanga digariskan Allah SWT sebagai panduan perlembagaan kepada umat manusia seluruhnya.” ujar beliau lagi.
DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir turut perkenan mendengar bacaan hafazan dari dua orang Qari dan Qariah seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang hafazan Al-Quran.
Juara Qari, Mohd Arif Mohd Yusof dari Itqan Gemencheh, menerima hadiah menunaikan haji bernilai RM10,000, piala pusingan serta wang tunai berjumlah RM3,000 beserta hadiah iringan juga sijil penyertaan.
Juara bagi Qariah pula,  Maryam Ahmad Lutfi dari MRSM Ulul Albab Gemencheh, menerima piala pusingan, wang tunai berjumlah RM2,500, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
 Turut hadir, Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin, Sahibus Samahah Dato’ Hj Mohd Yusof bin Hj Ahmad, Mufti Negeri Sembilan.
Sumber: www.n9kini.com</description>
Majlis Penutup Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012.
	         <description>KUALA PILAH, 8 Julai – Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012 telah berakhir pada hari ini. Majlis penutupnya telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Hj. Mohammad Razi bin Hj. Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu petang tadi di Perkarangan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.
Program pada kali ini telah menggunakan beberapa pendekatan berbeza bagi memastikan keseluruhan budaya Adat Perpatih dapat ditonjolkan. 
Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012 pada kali ini disifatkan telah menjangkaui sempadan antarabangsa melalui persidangan antarabangsa yang diadakan di Seremban  baru-baru ini.
Ramai wakil-wakil dari luar negara dijemput datang untuk menyaksikan sendiri tentang keunikan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Ini sedikit sebanyak dapat  menyebarluaskan Adat Perpatih ke peringkat antarabangsa serta dapat mengenengahkan budaya masyarakat pengamal Adat Perpatih Negeri Sembilan secara lebih mendalam.
YB. Dato’ Hj. Mohammad Kail semasa Majlis Perasmian Penutup petang tadi telah melancarkan dua buah buku yang diterbitkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan iaitu “Perahu Jalur” dan “Gula Enau”. Beliau juga turut menyampaikan Sijil Penghargaan Luak-Luak kepada semua wakil Luak-Luak.
Hadir sama ke majlis penutup tersebut Drs. Shamsuddin bin Ahmad, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Puan Jamilah@Chumila bte Hj. Katis, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.</description>
Majlis Perasmian Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012.
	         <description>KUALA PILAH, 8 Julai – DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir hari ini telah sudi perkenan berangkat mencemar Duli ke majlis perasmian program Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012.
Majlis tersebut telah diadakan di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah dan akan berlangsung selama dua hari. Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang program ini berlangsung seperti Pameran Luak-luak dan Masakan serta Demontrasi Adat, Pameran Jabatan-Jabatan, Demontrasi dan Pertandingan Permainan Tradisional, Pertandingan Masakan Tradisional Negeri Sembilan, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Gubahan Tradisional, Persembahan Adat dan lain-lain.
Pesta Persukuan Adat Perpatih telah diadakan semenjak tahun 1999 dan setiap tahun juga Kerajaan Negeri melalui Lambaga Muzium Negeri Sembilan telah menggunakan pendektan berbeza bagi memastikan keseluruhan budaya Adat Perpatih dapat ditonjolkan. Di samping mengenengahkan budaya Adat Perpatih, ia juga menyumbang kepada usaha untuk memelihara budaya dan warisan negeri.
Pada tahun 2012 genap 13 tahun penganjuran program ini dan tema pada tahun ini adalah “Adat Perpatih Warisan Sepanjang Zaman”. Pada tahun ini juga terdapat dua pengisian utama iaitu aktiviti promosi di luar Negeri Sembilan dan pengisian utama di Muzium Diraja Istana Seri Menanti.
Antara objektif program ini diadakan adalah bagi menyebarluaskan pemahaman Adat Perpatih ke peringkat antarabangsa melalui Persidangan Antarabangsa serta mengenengahkan budaya masyarakat pengamal Adat Perpatih Negeri Sembilan secara lebih mendalam. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai adab di kalangan generasi Y melalui Adat Perpatih itu sendiri.
Hadir sama Tunku Besar Tampin serta Dato Undang Yang Empat.
Turut hadir YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB. Dato’ Haji Mat Ali bi Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan, YB. Dato’ Haji Mohammad Razi bin Haji Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Drs. Shamsudin Ahmad, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan.</description>
Majlis Penutup MAHA NS 2012 Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Minggu KPS 2012.
	         <description>SEREMBAN, 1 Julai – MAHA NS 2012 yang berlangsung di Bekas Tapak Kem Paroi, Seremban bermula 23 Jun yang lalu telah berakhir semalam, dengan majlis penutupnya telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
MAHA NS 2012 yang diadakan bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Sambutan Minggu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Negeri Sembilan telah mencatatkan jumlah pelawat yang luar biasa sepanjang program itu berlangsung iaitu 2.9 juta orang. Manakala hasil jualan kesemua booth yang mengambil bahagian telah mencatatkan hasil keuntungan sebanyak RM 8.6 juta.
Di dalam majlis tersebut, Y.B. Datuk Seri Haji Noh turut menyampaikan hadiah pertandingan serta sumbangan kepada penerima-penerima yang layak. Selepas itu, beliau turut dibawa melawat ke tapak-tapak jualan serta pameran-pameran veterinar.
Turut hadir ke majlis tersebut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPNNS) 2012, Y.B. Dato’ Haji Yunus bin Rahmat.</description>
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Untuk KPSL N27
	         <description>SEREMBAN, 29 Jun – Unit Latihan Dan Kompetensi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan hari ini telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 Pentadbiran Kerajaan Negeri Dan Persekutuan Negeri Sembilan Darul KhususTahun 2012 di Dewan Theatrette, Wisma Negeri.
Bengkel yang diadakan selama sehari ini adalah bertujuan untuk member pendedahan kepada pegawai yang akan menduduki peperiksaan tentang teknik menjawab soalan peperiksaan yang berkualiti serta bagi menambah ilmu pengetahuan dan kefahaman pegawai terhadap bengkel yang diadakan.
Hampir 1000 orang kakitangan negeri dan persekutuan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus telah menghadiri bengkel ini. Mereka telah didedahkan dengan modul-modul serta-serta contoh-contoh soalan yang berkaitan.
Turut hadir Encik Mohd Fazli bin Abdul Jalil, Penolong Setiausaha Kerajaan Unit Latihan Dan Kompetensi selaku Penyelaras Program. Beliau turut berucap di dalam bengkel tersebut dengan memberikan kata-kata semangat serta peransang kepada semua peserta bengkel supaya dapat menghadapi peperiksaan yang akan datang.</description>
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus 2011.
	         <description>SEREMBAN, 20 Jun – Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus telah meraikan seramai  339 orang penjawat awam yang bertugas di pelbagai jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus di dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus 2011 di Hotel Klana Resort, Seremban malam tadi.
Lebih 1000 orang hadir termasuk penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  bersama pasangan masing-masing di dalam majlis tersebut. 
Anugerah telah disampaikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Menurut Menteri Besar di dalam ucapannya, “stigma masyarakat apabila berhadapan dengan penjawat awam dahulu memberikan gambaran dan persepsi tidak baik dan mengandaikan terpaksa menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.”
“Oleh itu, adalah lebih baik penjawat awam berusaha gigih dan berfikir bagaimana hendak menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat agar mereka meninggalkan persepsi lapuk bahawa  sukar berurusan dengan kerajaan.” Ujar beliau.
Katanya lagi, “tanggungjawab berfikir ini diserahkan kepada pengarah, ketua jabatan dan agensi agar dengan percambahan idea dari mereka akan memberi manfaat kepada pegawai yang lain sekaligus menaikkan imej perkhidmatan awam.”
Suasana kerja perkhidmatan awam kini sangat berbeza dengan 10 – 20 tahun lalu, apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah cerdik pandai.
“Apa yang menjadi kepentingan perkhidmatan kepada masyarakat  yang mahu menggunakan perkhidmatan kita, ialah perkhidmatan yang ditawarkan perlu ‘up to date’ agar terdorong keselesaan di kelegaan di hati mereka.”
Demikian ucapan Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika menyempurnakan tersebut.
Beliau turut melancarkan amalan 8S yang akan diguna pakai oleh penjawat awam apabila berhadapan dengan orang awam kelak.
Di majlis sama, Menteri Besar turut menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011, anugerah kecemerlangan jabatan 2011 dan anugerah pengurusan kewangan 2011.
Turut hadir ke majlis tersebut, Y.B Dato’ Razak bin Mansor, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri dan isteri serta Y.B Dato’ Hj. Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan Darul Khusus dan isteri.</description>
Majlis Penyerahan Bendera Kepada Ketua Kontinjen Dan Pengurus-Pengurus Pasukan Ke Sukan Malaysia XV,
	         <description>SEREMBAN, 20 Jun – Y.A.B Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini telah menyerahkan bendera Negeri Sembilan kepada ketua kontinjen dan pengurus-pengurus pasukan Sukan Malaysia XV, 2012 di Dewan Theatrette, Wisma Negeri.
Seramai 394 orang yang terdiri daripada 283 atlet dan selebihnya adalah Ketua Kontinjen dan pengurus-pengurus pasukan serta pegawai-pegawai akan menyertai Sukan Malaysia XV, 2012 (SUKMA 2012) di Kuantan, Pahang.  Sebanyak 22 acara akan disertai dalam SUKMA 2012 yang akan berlangsung dari 1 Julai hingga 17 Julai 2012 ini.
Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan di dalam ucapannya telah menyuntik kata-kata semangat terhadap atlet-atlet supaya berusaha keras untuk mencapai matlamat bagi meletakkan Negeri Sembilan di dalam kedudukan 5 mata teratas.
Turut hadir ke majlis tersebut Y.B Dato’ Razak bin Mansor, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Y.B Dato’ Abd. Samad bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan, Y.B Dato’ Hj. Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, En.Fouzee bin Abd. Aziz, Pengarah Majlis Sukan Negeri Negeri Sembilan serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.</description>
Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus 1433H/2012M.
	         <description>SENAWANG, 17 Jun – Sambutan Isra’ Mikraj 1433H  Peringkat Negeri Sembilan anjuran MAINS di sambut serba sederhana di perkarangan Masjid Nurul Hidayah, Taman Seremban Jaya petang tadi.
Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar kepada warga emas dan pihak memerlukan di samping meraikan pelajar cemerlang di dalam peperiksaan umum tahun lalu.
Sementara solat Maghrib dan Isya’ berjemaah, diimamkan oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah, penceramah bebas yang di bawa khas oleh MAINS untuk menyampaikan tazkirah berkaitan Isra’ Mikraj.
Di dalam tazkirah, beliau menyentuh sirah perjuangan Nabi Muhammad dan pengorbanan Rasulullah ketika diangkat menjadi rasul, dan wajib bagi umat Islam terkemudian, mengemudi perjuangan baginda agar syiar Islam terus berkembang sehingga hari kiamat.
Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di dalam ucapan pula menyeru umat Islam akhir zaman ini supaya bersatu-padu dan menjaga perpaduan sesama insan kerana zaman selepas kewafadan Rasulullah merupakan zaman getir berhadapan dengan musuh-musuh Islam.
Katanya, “umat Islam yang lahir selepas kewafadan Rasulullah perlu sentiasa mengingati hari yang amat besar iaitu ‘Peristiwa Isra’ Mikraj’ dan mengambil semangat peristiwa tersebut kerana terlalu banyak hikmah dan mukjizat yang berlaku memberi pengajaran kepada umat Islam  dunia ini.
Musuh-musuh Islam terutamanya bangsa Yahudi sentiasa mencari cara dan peluang untuk menyesatkan umat Islam dunia ini. Oleh yang demikian, umat Islam sendiri perlu memegang kepada tali Allah dan tidak  terpengaruh dengan anasir-anasir mereka.
Beliau turut menyeru kepada umat Islam di Negara ini supaya kembali ke pangkal jalan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Insan agar keamanan Negara kekal selamanya.
Turut hadir, Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mohd Yusof Hj Ahmad, Yang diPertua Speaker DUN, Dato’ Hj Abdul Razak Mansor, Setiusaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato Hj Mat Ali Hasan,  Senator Dewan Negara, Dato’ Mohd Najeeb Abdullah.</description>
Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus Jun 2012
	         <description>SEREMBAN, 11 Jun – Enam daripada duabelas jabatan dan agensi di negeri ini telah menerima penarafan empat bintang daripada Jabatan Ketua Audit Negara.
Menteri Besar Negeri  Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan berkata, dua daripada enam jabatan tersebut telah menjadi “benchmark” kepada jabatan masing-masing  di seluruh negeri.
Enam jabatan tersebut adalah Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS), Pejabat Kewangan Negeri, Jabatan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Pejabat Daerah Kuala Pilah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNNS).
Manakala, dua jabatan yang menjadi “benchmark” adalah Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perhutanan Negeri yang pertama kali dinilai dan menerima penarafan tersebut.
“Ini jelas menunjukkan bahawa jabatan-jabatan dan agensi ini telah melakukan kerja-kerja yang mengikut peraturan dengan amat baik sekali,” kata beliau selepas menghadiri perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan di Perkarangan Dewan Undangan Negeri, pagi tadi.
Menurut beliau, ini merupakan hasrat kerajaan negeri yang mahu melihat perkhidmatan awam terus cemerlang di samping mengikut perintah-perintah am di mana ianya amat penting dalam penilaian audit indeks.
Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat beberapa jabatan dan agensi yang terpaksa bekerja dalam keadaan serba kekurangan, suasana yang kurang menyenangkan dan kekurangan peralatan pejabat namun para penjawat awam masih menjalankan tanggungjawab dan memberikan perkhimatan dengan baik kepada orang awam.
Sumber: www.n9kini.com</description>
Kolokium Za'ba 2012 "Za'ba Pemikir Ulung"
	         <description>SEREMBAN, 5 Jun – Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Tengah, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Negeri Sembilan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan hari ini telah menganjurkan satu kolokium bagi memperingati jasa Pendeta Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad yang merupakan tokoh bahasa dan pemikir melayu yang disegani.
Majlis yang berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Negeri Sembilan dengan bertemakan “Za’ba Pemikir Ulung” telah mencapai objektifnya dengan menarik minat ramai penyelidik, cendikiawan, pelajar dan masyarakat umumnya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai  tokoh yang dihormati dan disegani  itu.
Di samping itu, kolokium ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan penghayatan tentang peri pentingnya pemerkasaan, pemartabatan bahasa dan pensuratan Melayu sebagai asas pembinaan tamadun bangsa Malaysia.
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. 
Turut hadir YB. Dato’ Haji Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan, YB. Dato’ Haji Mohammad Razi bin Haji Kail, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan, Prof. Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Drs. Shamsuddin bin Ahmad, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Selepas itu, majlis diakhiri dengan pembentangan tiga kertas kerja yang menyentuh mengenai perjuangan Pendeta Za’ba oleh tiga ahli panel iaitu Kolonel Profesor Dato’ Dr. Kamarudin Kachar, Pengerusi Eksekutif Dan Ketua Konsultan Global Higher Education Consultants, Prof. Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, dan YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah binti Haji Omar.</description>
Majlis Tilawah Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus Kali Ke-55 2012M/1433H
	         <description>PAROI, 26 Mei – Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan Kali ke-55 di adakan di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan, Paroi, berakhir malam tadi di mana ianya di sertai oleh qari dan qariah seluruh daerah di Negeri Sembilan.
Tilawah Al-Quran yang di anjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan ini telah bermula sejak  23 Mei 2012M bersamaan  3 Rejab 1433H sehingga 26 Mei 2012M bersamaan 6 Rejab 1433H.
Di mana terdapat dua kategori pertandingan iaitu bagi kategori dewasa, dan bagi kategori remaja. Manakala, peserta di adili dari segi taranum, tajwid, fasohah, dan nada suara.
Bagi johan qari dan qariah, mereka akan mewakili Negeri Sembilan di pertandingan peringkat kebangsaan pula yang akan diadakan di Johor.
DYMM  Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir mencemar duli menyempurnakan majlis Tilawah Peringkat Negeri Sembilan kali ke-55 ini.
Turut mencemar duli permaisuri baginda, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani ibni Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Keberangkatan tiba baginda berdua di sambut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan beserta isteri Raja Datin Hjh Salbiah Tengku Nujumuddin.
Ucapan merafak sembah Menteri Besar, beliau melafazkan rasa syukur kerana majlis yang dianjurkan saban tahun oleh kerajaan ini merupakan manifestasi serta keazaman untuk sentiasa menjadikan al-Quran sebagai tunggak penting dalam setiap aktiviti yang dijalankan bagi membangunkan negeri ke tahap yang lebih tinggi.
“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’ yang menjadi tema tahun ini, amat bertepatan dengan usaha kerajaan yang sentiasa komited dan konsisten dalam menyatupadukan ummah dan bagi menghadapi cabaran global yang melanda umat Islam itu sendiri.” Ujar beliau.
Beliau turut menyeru agar umat Islam mempertingkatkan pengetahuan agama dan memelihara Islam serta merapatkan saf-saf ummah pada setiap waktu menjadi benteng pertahanan apabila musuf kafir datang memerangi, umat Islam tidak gentar berjuang fisabilillah.
Keputusan tilawah kali ke-55, bagi kategori remaja lelaki, tempat pertama membawa pulang, sijil penyertaan, hadiah iringan, menerima piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM2,000 dimenangi oleh adik Zainur Irshadi Zainal dari Jempol, tempat kedua membawa pulang sijil penyertaan, hadiah iringan dan wang tunai sebanyak RM1,500 dimenangi oleh adik Mohd Furqan Fawas Hj Salleh Thani dan tempat ketiga dimenangi oleh adik Mohd Hazwan Hamdan, membawa pulang, sijil penyertaan, hadiah iringan dan wang tunai sebanyak RM1,000.
Hadiah bagi kategori remaja perempuan pula  adalah sama sepeti kategori remaja lelaki.  Johan ialah adik Husna Saifulzaman dari Daerah Seremban. Tempat kedua dimenangi oleh Afifah Syukriah Abd Ghani dari Daerah Jelebu dan tempat ketiga ialah adik Dayangku Siti Normariam Awang Ahmad dari Daerah Port Dickson.
Bagi kategori dewasa lelaki, Johan dimenangi oleh En. Abdul Hanis Mohd Daud, guru J-Qaf, Jelebu. Beliau menerima piala pusingan, wang tunai sebanyak RM5,000 dan tiket menunaikan fardu haji. Naib johan ialah En. Mohd Fairuz Husin, Jempol dan menerima wang tunai sebanyak RM4,000 dan tempat ketiga ialah En. Mohd Hazmi Hamdan, Port Dickson, membawa pulang RM3,000.
 Bagi kategori perempuan, Johan ialah Puan Hjh Noorliza Tajudin, guru KAFA, Rembau turut menerima wang tunai berjumlah RM5,000, tiket menunaikan haji dan piala pusingan. Naib Johan menerima RM4,000 di menangi oleh Pn Juriah Hussain, Seremban dan tempat ketiga ialah Pn Hjh Maimon Hj Harun, Seremban menerima wang tunai berjumlah RM3,000.
Turut hadir, Johan Tilawah Al-Quran kali ke-54 Peringkat Negeri Sembilan dan peringkat kebangsaan 2011, Tn Hj Amirahman Abas.
Hadir sama, YTM Dato’ Undang Yang Empat dan YTM Tunku Besar Tampin, Sohibus Samahah Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mohd Yusoff Hj Ahmad, Dato’ Hj Mat Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri, En Johani Hassan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan EXCO Kerajaan Negeri Sembilan.</description>
Perhimpunan Bulanan SUKNS Bulan Mei 2012.
	         <description>SEREMBAN, 22 Mei - Majlis Perjumpaan YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dengan Pegawai dan Kakitangan Pejabat SUKNS telah diadakan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri. Majlis kali ini  telah dihoskan oleh Unit Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Peneraju Wawasan serta lagu pilihan iaitu ‘Bokojo’ oleh Kumpulan Koir Pejabat SUKNS. 
YB. Dato’ Haji Mat Ali bin Hassan telah menyampaikan amanatnya kepada semua kakitangan Pejabat SUKNS yang hadir. Di dalam amanatnya, beliau menekankan tentang 6 hala tuju Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan berharap agar semua warga SUKNS dapat mengekalkan 6 hala tuju ini di dalam tugas seharian.
Majlis diteruskan dengan Pengumuman Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan diikuti dengan Tayangan Video sempena dengan Hari Pekerja 2012  yang berjudul ‘Inovasi dan Kreativiti Pekerja’.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada warga SUKNS yang menyambut ulang tahun pada bulan Mei 2012,  dengan menjemput YBhg. Dato Tahar bin Sudin mewakili warga SUK yang menyambut ulang tahun pada bulan Mei 2012. Selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada kumpulan koir Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Cenderamata telah disampaikan oleh YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan terkenal sebagai negeri mesra pelabur dan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelabur khususnya di Pihak Berkuasa Tempatan.
Bersempena dengan itu, Negeri Sembilan telah mendapat peningkatan pelaburan setiap tahun di mana pada tahun 2011 sebanyak RM 5.9 billion telah diperoleh melebihi sasaran sebanyak RM 1 billion.
Di atas kecemerlangan perkhidmatan dan hubungan mesra kerajaan negeri, Persatuan Pengilang Malaysia telah memberi penghargaan kepada Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Untuk itu, bersempena dengan Perhimpunan Bulanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan pada kali ini, majlis telah menjemput Pengarah Unit Kerjasama Awam dan Swasta, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Encik Abdul Rahim bin Abdul Rahman untuk menyampaikan sijil penghargaan tersebut kepada YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Turut hadir   Timbalan Setiausaha Kerajaan Pembangunan, YBhg. Dato’ Haji Tahar bin Haji Sudin dan  Timbalan Setiausaha Kerajaan Pengurusan, Tuan Haji Ibrahim bin Hassan serta Ketua-ketua Unit.</description>
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus 2012.
	         <description>SEREMBAN, 22 Mei - Seramai lebih kurang10,000 orang guru termasuk Pengetua dan Guru Besar dari seluruh Negeri Sembilan di raikan dalam majlis penuh meriah bersempena Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), malam tadi. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan hadir bagi menyempurnakan majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan untuk kali ketiga pada tahun ini. Hadir sama, isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin dan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Dato’ Abdul Halim Abdul Razak.
Di dalam majlis tersebut, Menteri Besar  turut menyampaikan anugerah lonjakan Akademik UPSR, PMR, SPM dan STPM. Selain itu, beliau turut menyampaikan anugerah kepada para guru cemerlang dan untuk tahun ini, Dato’ Haji Azam Bin Haji Md Atan telah terpilih sebagai Tokoh Guru 2012.
Turut hadir,Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mat Ali Bin Hassan, Exco Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Yunus Bin Rahmat dan Exco Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Dato’ Haji Mohammad Razi Bin Haji Kail.</description>
Kenaboi International River Challenge 2011
	         <description>KENABOI, 4 Dis – Kenaboi International River Challenge 2011 kini kembali bertemu para peminat sukan air. Acara anjuran Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia dengan kerjasama Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan bersama Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Sembilan, telah menarik minat seramai 118 peserta yang datang dari seluruh negara. 
	Acara yang berlangsung selama 2 hari ini iaitu dari 3hb Dis hingga 4hb Dis telah di dahului oleh Acara Rapid Challenge yang berlangsung pada 3hb Dis di Sungai Kenaboi, dan diikuti oleh Pertandingan Berkayak pada 4hb Dis. Pada tahun ini, kesemua peserta terpaksa melalui halangan sungai yang bermula dari Kg.Puom, Chennah sehingga ke Kg. Sungai Buloh, Simpang Durian sejauh 32 km. 
	Untuk acara berkayak, sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan iaitu, Kategori Berpasukan Tertutup JPS Malaysia, Kategori Berpasukan Terbuka, Kategori Berpasukan Tertutup Negeri Sembilan dan Kategori Individu Terbuka. 
	Bagi Kategori Rapid Challenge, Johan dimenangi oleh Fajan bin Satta dari Johor dengan catatan masa 1:10:11. Untuk Kategori Berpasukan Tertutup JPS Malaysia, Johan dimenangi oleh Nasarudin bin Md Zin, Arbain bin Shamsudin, dan Abd Halim bin Mat Isa dari JPSNS. Bagi Kategori Berpasukan Terbuka dimenangi oleh Fajan bin Satta, Imam Sujadi bin Satta, dan Ahmad Shafiee bin Jaabar dari Johor. Bagi Kategori Berpasukan Tertutup Negeri Sembilan, Johan dimenangi oleh Mohd Noh bin Parmin, Nurzaini bin Sarfan dan Syukri bin Azizan dari Pulapol Air Hitam, dan akhir sekali bagi Kategori Individu Terbuka dimenangi oleh Mohd Hanizam bin Ramli dari UPSI dengan catatan masa 1:56:02.
 	Majlis Perasmian Penutup Dan Penyampaian Hadiah Kenaboi International River Challenge 2011 telah diadakan di tempat penamat acara perlumbaan iaitu di Dataran Kenaboi, Kg.Sungai Buloh, Simpang Durian. Antara yang hadir Y.B.Dato’Hj. Razak bin Mansor, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus, Y.B.Dato’Mohamad Razi bin Hj.Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Y.Bhg.Dato’Ir.Lim Chow Hock, Pengarah Kanan mewakili Ketua Pengarah JPS Malaysia, Y.Bhg. En.Hashim bin Osman, Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Sembilan Darul Khusus, Y.Bhg.En.Zulkifli bin Baharan, Pegawai Daerah Jelebu, dan Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.</description>
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus 1433H/2011M
	         <description>PAROI, 27 Nov. –  Titah Perasmian Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan 1433H telah di sempurnakan oleh DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir malam tadi.
 ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’ merupakan tema Majlis Sambutan Maal Hijrah tahun ini. Sambutan kali ini di adakan di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah, Paroi Negeri Sembilan.
Turut mencemar duli DYMM Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud permaisuri Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Peristiwa Hijrah yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W, perlu diingati sepanjang zaman kerana melalui peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W  telah berjaya meletakkan asas utama dalam perkara penyatuan persaudaraan dan pergaulan sesama insan.
Kesan daripada itu, Islam terus berkembang zaman ke zaman sehingga tersebar ke seluruh dunia dan terciptanya kemasyuran tamadun Islam. Namun umat Islam abad ini perlu mengambil iktibar dari peristiwa Hijrah agar matlamat dan visi Hijrah itu tercapai di dalam peradaban politik, ekonomi dan sosio-budaya sesebuah Negara Islam.
Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di dalam ucapannya menyeru, umat Islam di Negeri Sembilan supaya bersatu padu dan memahami peristiwa Hijrah.
Katanya lagi, dengan kefahaman yang mendalam terhadap peristiwa ini, ke taat setiaan kepada agama, bangsa dan Negara dapat di lakukan dengan baik tanpa meragui keikhlasan para pemimpin  Negara dan negeri yang memegang amanah.
DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir juga pekenan menyempurnakan beberapa Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan 1433H.
Antaranya, Anugerah Khas Pelajar Cemerlang, Anugerah Masjid mengikut kategori, Anugerah Khas Imam, Anugerah Tokoh Ulama Silam dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1433H. Anugerah Tokoh Maal Hijrah tahun ini di nobatkan kepada Profesor Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang, 45, Jurutera Profesional Alam Sekitar.
Turut hadir ialah Y.TM Dato’- Dato’ Undang  Yang Empat dan Y.M Tok Puan serta Tunku Besar Tampin dan Y.M Tunku isteri. Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri menteri besar, turut meluangkan masa hadir.</description>