Assalamualaikum w.b.t. dan salam mesra.
Selamat Datang ke Laman Web PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan. Alhamdulillah saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah keizinanNya PUSPANITA JPA telah dapat membangunkan satu laman web. Di era informasi dan teknologi maklumat (ICT) dan dunia tanpa sempadan kini, PUSPANITA harus seiring dengan kemajuan dan menggunakan saluran internet sebagai media untuk membolehkan ahli mencapai maklumat dalam masa yang singkat. Ahli-ahli pula akan berupaya lagi memperluaskan rangkaian perhubungan antara ahli dengan persatuan sendiri atau dengan persatuan yang lain, di dalam dan juga di luar negeri.
Sebagai ahli PUSPANITA, kita harus peka kepada arus perkembangan dunia dan tidak terhad di peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan sahaja tetapi juga di peringkat global. PUSPANITA harus bersama-sama membantu kerajaan ke arah memperkasakan wanita melalui penglibatan langsung dalam pembangunan dan pengurusan modal insan baik di tempat kerja mahu pun dalam masyarakat.
Laman web PUSPANITA ini merupakan gerbang untuk mencapai ilmu yang tiada batasannya. Kemudahan dan aplikasi yang dibangunkan di laman web ini membuka luas peluang untuk ahli-ahlinya mempertingkatkan keupayaan masing-masing supaya dapat menyumbang kepada kemajuan kendiri, keluarga, masyarakat dan negara tercinta.
" Wanita Sepakat Negara Meningkat"
Informasi
