PENGUMUMAN TERKINI

Perhatian kepada semua pemilik Geran Berdaftar di Negeri Sembilan, anda boleh mengemaskini alamat pada geran hakmilik masing-masing dengan menggunakan Borang 26A.

.....................................................................................................................................................................................................................................................

 Laman Web Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan sedang di kemaskini.

Kesulitan Amat Di Kesali.

MISI

"Mewujudkan Pengurusan Tanah Yang Cekap, Berkualiti Dan Berkesan Bagi Memenuhi Matlamat Pembangunan Sosio-Ekonomi Negeri Sembilan Dengan Mengamalkan Kaedah Pengurusan Moden"

 

 

VISI

"Ke Arah Pengurusan Tanah Negeri Yang Cemerlang"

 

 

OBJEKTIF JABATAN

1. Mempertingkatkan kefahaman mengenai undang-undang tanah serta kemahiran pengurusan di kalangan pegawai dan kakitangan pentadbiran tanah melalui kursus dan latihan.

2. Berusaha menambah hasil negeri daripada sumber tanah melalui sistem pungutan cukai yang berkesan, kaedah-kaedah pungutan yang baru, semakan semula kadar- kadar bayaran pejabat dan mengenalpasti bidang sumber hasil yang baru serta mengekalkan sebagai agensi yang paling banyak mengutip hasil di Negeri Sembilan.

3. Menggalak dan memimpin usaha-usaha pembaharuan dalam pentadbiran tanah supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti kepada pelanggan melalui kaedah-kaedah pengurusan baru serta mengubahsuai peraturan dan undang-undang tanah yang sedia ada.

4. Membantu Pihak Berkuasa Negeri untuk membentuk dan membuat dasar serta merancang penggunaan dan pembangunan tanah dengan lebih cekap.

5. Mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat sebagai alat pengurusan yang penting bagi merancang, menyelaras dan mengesan aktiviti-aktiviti pejabat tanah di seluruh negeri.

6. Mengurus bagi projek/rancangan tanah di bawah Akta Tanah [Kawasan Penempatan Berkelompok], 1960 di seluruh Negeri.

7. Berusaha dan mengadakan strategi perlaksanaan kepada pejabat-pejabat tanah bagi membersihkan tunggakan kerja dalam urusan-urusan dalam pentadbiran tanah.

 

ETIKA KERJA JABATAN

1. Sentiasa mematuhi undang-undang, arahan-arahan dan prosedur kerja.

2. Bersikap proaktif dan produktif semasa memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

3. Mengekalkan potensi dan berdaya saing yang berkekalan dan melatih diri dalam keadaan bersedia.

4. Sentiasa tekun dan memberi tumpuan semasa menjalankan tugas.

5. Tabah menghadapi segala cabaran tanpa mengira masa dan mesra pelanggan.

6. Mengembeling tenaga dan tindakan berpasukan.

7. Sentiasa berperwatakan sesuai dengan imej jabatan.

8. Menjana perkhidmatan terbaik demi kepuasan pelanggan serta tiada rungutan.

 

 

 

 

UNDIAN

Pandangan Anda Terhadap Portal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

                                                                                                                              PAUTAN NEGERI

                                                      PTG WILAYAH PERSEKUTUAN PTG SELANGOR PTG PENANG PTG KEDAH PTG PAHANG PTG JOHOR PTG PERLIS PTG SABAH PTG SARAWAK PTG PERAK PTG MELAKAPTG KELANTANPTG TERENGGANU

                                                                                                                              PAUTAN AGENSI

                                     1malaysia Untitled 3mdec.pngmsc.pngjpa.pngns.pngspa.png mampu.png spr.pngbiro.pnggov.pnglhdn.pnggov2.png