2017   2016   2015   2014     

       2012   2011   2010                                                            

 

 

      2015   2014 

      2012   2011   2010

PENGUMUMAN TERKINI

PEMBERITAHUAN

Bayaran Cukai Tanah Secara ONLINE akan  diTUTUP sementara pada JUMAAT 22/12/2017  jam 4.00 petang sehingga 2 Januari 2018 (Selasa) jam 10.00 pagi  bagi tujuan Penutupan Akaun Akhir Tahun 2017.

'Segala Kesulitan Amat Dikesali'

...........................................................................................................................................................................................................................................................................

PEMBERITAHUAN

Semua Urusan Kaunter Adalah DITANGGUHKAN Bagi Tujuan Penutupan Akaun Akhir Tahun 2017 Bermula Pada 28 Disember 2017 (Khamis) Jam 1.00 Petang.

'Segala Kesulitan Amat Dikesali'

..........................................................................................................................................................................................................

PEMBERITAHUAN

Semua Pembayaran Secara CEK/ WANG POS/ KIRIMAN WANG/ BANK DRAF Untuk Semua Urusan Adalah Di Tangguhkan Bagi Tujuan Penutupan Akaun Akhir Tahun 2017 Bermula Dari 18 Disember 2017 Sehingga 31 Disember 2017.

'Segala Kesulitan Amat Dikesali'

...................................................................................................................................................................................................................................................................................

Perhatian kepada semua pemilik Geran Berdaftar di Negeri Sembilan, anda boleh mengemaskini alamat pada geran hakmilik masing-masing dengan menggunakan Borang 26A.

.....................................................................................................................................................................................................................................................

 Laman Web Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan sedang di kemaskini.

Kesulitan Amat Di Kesali.

 

Polisi e-Penyertaan

 

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS). PTGNS sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan PTGNS untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Survei Atas Talian, Konsultasi Awam, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Emel dan Media Sosial Kementerian iaitu Facebook.

Oleh yang demikian, PTGNS amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut: 

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.

  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.

  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.

  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.

  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.

  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.

  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

UNDIAN

Pandangan Anda Terhadap Portal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
Disember 2017
A I S R K J S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
tiada acara

                                                                                                                              PAUTAN NEGERI

                                                      PTG WILAYAH PERSEKUTUAN PTG SELANGOR PTG PENANG PTG KEDAH PTG PAHANG PTG JOHOR PTG PERLIS PTG SABAH PTG SARAWAK PTG PERAK PTG MELAKAPTG KELANTANPTG TERENGGANU

                                                                                                                              PAUTAN AGENSI

                                     1malaysia Untitled 3mdec.pngmsc.pngjpa.pngns.pngspa.png mampu.png spr.pngbiro.pnggov.pnglhdn.pnggov2.png