1. PUNCA KUASA PENUBUHAN CERTNS
2. BIDANG TUGAS
3. KOMPOSISI DAN KELAYAKAN PASUKAN CERTNS
4. MESYUARAT
1.1 | KEPERLUAN MELAPORKAN INSIDEN KESELAMATAN ICT |
|
|
|
|
1.2 | PEKELILING AM BIL 3 TAHUN 2000 |
Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan | |
|
|
|
|
|
|
1.3 | PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2001 (4 APRIL 2001) |
Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT | |
|
|
|
|
|
|
|
|
1.4 | SURAT PEKELILING AM BIL. 4 TAHUN 2006 ( 9 NOV 2006) |
Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam | |
|
|
|
|
|
|
|
|
1.5 | GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGENDALIAN INSIDEN KESELAMATAN ICT SEKTOR AWAM |
Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam | |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
1.6 | PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN PENGENDALIAN INSIDEN KESELAMATAN ICT SEKTOR AWAM |
Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam | |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
1.7 | Surat Penyerahan Fungsi Pengendalian Insiden Government Computer Agency Response Team (GCERT) MAMPU Oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bertarikh 26 Disember 2017. |
1.8 | Pasukan Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS) ditubuhkan pada 18 Julai 2008. |
2.1 | Menerima dan mengesan aduan keselamatan ICT serta menilai tahap dan jenis insiden; |
2.2 | Merekodkan dan menjalankan siasatan awal insiden yang diterima; |
2.3 | Menangani tindak balas insiden keselamatan ICT dan mengambil tindakan baik pulih minimum; |
2.4 | Menasihati agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan supaya mengambil tindakan pemulihan dan pengukuhan; dan |
2.5 | Menyebarkan makluman berkaitan pengukuhan keselamatan ICT kepada semua pegawai di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. |
3.1 | Pengarah Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM) bertindak sebagai Pengarah Pasukan Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS). |
3.2 | Pengurus Pasukan Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS) adalah Pen. Pengarah Kanan (PP) (K) Sektor Operasi dan Rangkaian. |
3.3 | Ahli-ahli tetap terdiri daripada Timbalan Pengarah, Pen. Pengarah Kanan (PP) (K) Seksyen Pembangunan & Penyelenggaraan Sistem, Pen. Pengarah Kanan (PP) (K) Seksyen Multimedia, Korporat & Koordinasi ICT, Pen. Pengarah (PP) Seksyen Keselamatan ICT & Pangkalan Data, Pen. Pengarah (PP) Seksyen Operasi & Sokongan Teknikal, Pen. Pengarah (PP) Seksyen Perancangan Infrastruktur & Rangkaian, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Seksyen Keselamatan ICT & Pangkalan Data, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Seksyen Operasi & Sokongan Teknikal, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Seksyen Perancangan Infrastruktur & Rangkaian, Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan dan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Pejabat Kewangan Negeri Sembilan. |
3.4 | Ahli dilantik terdiri daripada wakil-wakil pegawai dari Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah serta Agensi/Jabatan lain yang dirasakan sesuai. |
3.5 | Seksyen Keselamatan ICT & Pangkalan Data, Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM) bertindak sebagai Urus Setia Mesyuarat Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS). |
4.1 | Pasukan Computer Emergency Response Team Negeri Sembilan (CERTNS) bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun atau mengikut keperluan dipengerusikan oleh Pengarah Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM). |