Berita 1
Berita 2
Berita 3
Berita 4
Berita 5

Majlis Perjumpaan YB Pegawai Kewangan Negeri Bersama Warga Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri,Negeri Sembilan Darul Khusus

Pada 20 November 2017 (Isnin) satu majlis perjumpaan di antara YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Johani bin Hassan bersama Warga Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan bertempat di Dewan Theatrette, Wisma Negeri.

Baca selanjutnya: Majlis Perjumpaan...

Lawatan Sambil Belajar ke Perbendaharaan Negeri Kedah dan Perlis

Pejabat Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif dengan mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Pilot 1SPEKS, Kedah dan Perlis pada 12 November 2017 sehingga 15 November 2017 bagi persediaan menghadapi Perakaunan Akruan dan penggunaan Sistem 1SPEKS pada tahun 2018.

Baca selanjutnya: Lawatan Sambil...

Kursus Pengendalian Pengurusan Kehilangan dan Tatacara Hapuskira Wang Awam

Pada 28 September 2017, satu Kursus Pengendalian Pengurusan Kehilangan dan Tatacara Hapuskira Wang Awam anjuran Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri. Penceramah jemputan ialah Encik Allias bin Alwi, Pengarah Audit Negeri, Negeri Sembilan.

Baca selanjutnya: Kursus...

Perbarisan Kontinjen Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan NS Bagi Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60

Pada 31 Ogos 2017 (Khamis) Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri telah menyertai Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60 yang diadakan di pusat bandar Seremban dengan sebuah kontijen seramai 58 orang. Kontijen diketuai oleh En Arief Iskandar Bin Mohamad, diiringi oleh pemegang bendera Negeri Sembilan dan Malaysia iaitu En Nor Azlan bin Zainal Abidin dan Encik Samsudin Bin Mohd Noor. Placard pula dibawa oleh Cik Siti Farah Nadia Binti Norhan.

Baca selanjutnya: Perbarisan...

Bengkel Penyediaan Draf Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2018

Bengkel Penyediaan Draf Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2018 telah diadakan pada 24 hingga 26 Ogos 2017 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson. Seramai 11 orang pegawai termasuk YB Pegawai Kewangan Negeri telah terlibat bagi menyediakan draf cadangan Belanjawan Kerajaan Negeri Tahun 2018 yang merangkumi Belanjawan Mengurus, Belanjawan Pembangunan dan Anggaran Hasil Tahun 2018.

Baca selanjutnya: Bengkel Penyediaan...

TOPIK HANGAT