PETA LOKASI PETA LAMAN SOALAN LAZIM PAUTAN
Perutusan CEO
Sejarah Penubuhan & Logo
Piagam Pelanggan
Visi, Misi, Objektif & Strategi
Perkhidmatan
Carta Organisasi
Ahli Lembaga Pengarah
Ahli Pengurusan
Anak Syarikat
 
Perutusan Ketua Eksekutif
 
 




 
 



 
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung Laman Web Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan ( PKNNS ).

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat datang kepada pengunjung-pengunjung yang sudi melawat Laman Web PKNNS. Pihak PKNNS dari masa ke semasa akan sentiasa cuba memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu serta kualiti perkhidmatan yang kami sediakan agar dapat memberikan kepuasan kepada seluruh warga Negeri Sembilan khasnya.

Pengunjung-pengunjung laman web PKNNS akan disajikan dengan paparan maklumat terkini yang akan sentiasa dikemaskini dan diperbaiki dari masa ke semasa. PKNNS juga mengalukan-alukan buah fikiran atau cadangan-cadangan dari pengunjung-pengunjung Laman Web ini untuk dijadikan inspirasi yang mampu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami. Dengan adanya laman web PKNNS ini, kami berharap agar dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan cepat kepada umum pada bila-bila masa sahaja walau di mana jua anda berada.

Saya berharap agar PKNNS akan mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih cekap dan berdedikasi. Tanggungjawab kami sebagai sebuah agensi amanah bumiputera akan kami laksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab agar kita semua dapat membangunkan dan memajukan Negeri Sembilan Darul Khusus.


KETUA EKSEKUTIF
Y. Bhg. Dato' Hj Ibrahim bin Ahmad;
DSNS, PJK

 

 
     
 

Hakcipta Terpelihara 2008 © PKNNS

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Pihak PKNNS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

 
 
 
 

 
 
 
     
 

Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan,
Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan,
70710 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel:06-7623251 Faks:06-7637924 E-mel: pknns@tm.net.my

Laman ini telah anda lawati sebanyak kali