PEKERTI atau Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan didaftarkan secara rasmi sebagai satu pertubuhan dibawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 24 Mac 1982. Persatuan ini yang beralamat di Jalan Penghulu Cantik, 70000 Seremban, Negeri Sembilan ditubuhkan berikutan saranan isteri Perdana Menteri Malaysia yang pada ketika itu Yang Amat Berbahagia Toh Puan Suhaila agar setiap negeri menubuhkan persatuan mirip BAKTI. Negeri Sembilan menyahut pantas saranan itu dan merupakan negeri pertama yang mengikut jejak BAKTI bermula dari tahun 1979. PEKERTI ditubuhkan berlandaskan:-
Untuk mengwujudkan identtiti dan citra yang unggul, PEKERTI mempunyai logo atau lambang yang tersendiri. Logo PEKERTI diwarnai oleh tiga warna rasmi iaitu hitam, merah dan kuning. Kesemua warna ini bersesuaian dengan warna bendera Kerajaan Negeri Sembilan. Keahlian PEKERTI yang terdiri daripada kaum wanita bermatlamat berbakti serta beramal terutama dalam bidang pendidikan. Matlamat ini terangkum secara simbolik pada logo tersebut.
PEKERTI mempunyai lagu rasminya menyuarakan kata-kata semangat ke arah menyeru ahli-ahli untuk terus memperjuangkan cita-cita persatuan. Lagu Pekerti Berjasa dan berbudi Pekerti Bergembira dan berbahagia Suami bertugas isteri berjasa Harapan PEKERTI Negeri Sembilan
PEKERTI di bawah kepimpinan YM Raja Datin Seri Salbiah binti Tengku Nujumudin, I terus mengorak langkah dalam menjalankan pelbagai kegiatan membela masyarakat yang memerlukan bantuan. Selain dari mengekalkan aktiviti-aktiviti biro dan jawatankuasa kecil dalam PEKERTI, Yang Dipertuanya mengambil pendekatan mesra rakyat dengan menggajak keseluruhan ahlinya turun padang ke kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri dengan mengadakan program-program yang merangkumi kerja-kerja amal untuk kebajikan pelbagai golongan dalam masyarakat. Kepimpinan beliau ternyata terserlah apabila PEKERTI bukan sahaja bergerak cergas dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, malah YM Raja Datin Seri sentiasa menggalakkan ahli-ahli PEKERTI menimba ilmu dengan mengikuti beberapa program pendidikan dan kemahiran dengan beliau sendiri turut serta. Berbekalkan semangat waja dan pengalaman sebagai seorang bekas guru, YM Raja Datin Seri Salbiah terus memperjuangkan matlamat PEKERTI disamping bakal mewarnai wajah PEKERTI dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Sesungguhnya PEKERTI dibawah kepimpinan YM Raja Datin Seri Salbiah akan terus menabur bakti kepada masyarakat di Negeri Sembilan. |

