Negeri Sembilan menerima pelaburan yang amat baik sekali dan jumlah pelaburan melebihi sasaran yang dijangkakan pada setiap tahun. Pelabur-pelabur membeli tanah di Sendayan, Enstek untuk pembinaan kilang Coca Cola, Kellog’s dari syarikat antarabangsa (multinational company), manakala di Sendayan, Syarikat Hino dan Daihatsu daripada negara Jepun dan Korea. Sehingga Ogos 2016, Negeri Sembilan telah menerima pelaburan terkumpul yang diluluskan sebanyak RM16.197 bilion. Pelaburan asing mencatatkan jumlah yang tinggi berbanding pelaburan domestik iaitu sebanyak RM11.156 bilion berbanding RM5.041 bilion. Sehingga Ogos 2016, jumlah pelaburan yang direkodkan adalah RM1.069 bilion.

Negeri Sembilan juga tampil sebauah Pusat Pengeluar Tenaga Diperbaharui Solar dan Biogas terbesar Negara menerusi pelaksanaan projek penjanaan tenaga elektrik berteknologi baru yang dibangunkan syarikat Cypark Resources Bhd (Cypark) di bekas tapak pelupusan sampah Pajam, Nilai. Projek loji janakuasa yang dijalankan dalam dua fasa membabitkan tanah seluas 32 hektar itu kini berupaya menghasilkan 13 megawatt (mW) tenaga elektrik berteraskan teknologi solar selain 2mW penjanaan tenaga biogas. Penjanaan 15mW tenaga diperbaharui ini yang dihasilkan di tapak projek Pajam mula diagihkan pda 28 Mac 2011 dan ia mampu untuk menampung serta memenuhi keperluan tenaga elektrik bagi 10,000 rumah sekitar kawasan Pajam secara efisien. Tenaga ini akan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk diagihkan kepada pengguna.

Kejayaan ini sekaligus menjadikan negeri ini pengeluar tenaga diperbaharui pertama dan terbesar di negara ini untuk menjana tenaga elektrik berteraskan teknologi hijau. Selain tapak berkenaan, Cypark turut membangunkan projek berkenaan di dua kawasan baru di Kuala Sawah, Rantau dan Bukit Palong di Lukut, Port Dickson dengan pembangunan fizikal projek yang mula beroperasi pada 2012. Projek di Kuala Sawah melibatkan tanah seluas 11 hektar yang mampu menghasilkan 5mW tenaga solar manakala di Bukit Palong dibangunkan atas tanah seluas 14 hektar dan berkemampuan menjana 5mW tenaga solar dan 1mw tenaga biogas.

Pautan Agensi

Pautan Negeri

Capaian Terus