Apakah itu 1NS Wireless City?
1NS City merupakan satu projek inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyediakan platform capaian Internet dengan menggunakan teknologi jalur lebar tanpa wayar kepada orang ramai di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seluruh Negeri Sembilan.
Apakah objektif pelaksanaan 1NS Wireless City?
1NS Wireless dilaksanakan dengan tujuan untuk menawarkan capaian Internet kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan secara tanpa wayar dengan teknologi jalur lebar berasaskan Unifi. Menerusi 1NS Wireless City, Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan persekitaran jalur lebar tanpa wayar yang memberikan capaian ke Internet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai.
Bagaimanakah pelanggan boleh mendaftar untuk menggunakan akses jalur lebar wayarles di bawah 1NS Wireless ini?
Pelanggan boleh mendaftar untuk menggunakan akses jalur lebar tanpa wayar melalui Landing Page yang disediakan.
Boleh terangkan lebih lanjut mengenai portal atau Landing Page 1NS Wireless City?
Melalui Landing Page tersebut, pengguna hanya perlu mendaftarkan nama, no. K/P dan no. telefon bimbit bagi mendapatkan ID dan kata laluan dengan percuma. ID dan kata laluan ini akan dihantar kepada pengguna menerusi telefon bimbit yang telah didaftarkan. Seterusnya pengguna boleh login menggunakan ID dan kata laluan yang diperoleh secara percuma.
Apakah lokasi-lokasi yang termasuk dalam liputan projek ini?
1NS Wireless City ini meliputi 7 lokasi iaitu:
No. Lokasi
SEREMBAN
1. Ibusawat TM Seremban
2. Terminal 1
3. Hotel Royale Bintang
4. PERKESO
5. Wisma Arab Malaysian
6. Taman Tasik
7. Taman Reakreasi
8. Majlis Agama Islam NS (MAINS)
SEREMBAN 2
9. OneXOX, Dataran Centrio
10. Mahligai Impian, Dataran Centrio
RANTAU
11. Ibusawat TM Rantau
12. Kompleks Belia dan Sukan Rantau
13. Pusat Khidmat ADUN Rantau
SENAWANG
14. Pejabat Senawang Land
15. Menara Optometry
NILAI
16. Majlis Perbandaran Nilai (MPN)
17. Dataran Nilai (Menara Jam)
18. Masjid Nilai
19. MURNI Nursing College
20. Kompleks Futsal Nilai
PORT DICKSON (BATU 4)
21. Lot Kedai MPPD
22. Tiang Tapak Pasar Malam
23. Kiosk MPPD (1)
24. Kiosk MPPD (2)
PORT DICKSON (BATU 8)
25. Pejabat Pelancongan (Tourism Office)
26. Tiang Dataran Teluk Kemang
27. Cshell
REMBAU
28. Ibusawat TM Rembau
29. Stesen Komuter Rembau
30. Masjid An-Nur Rembau
31. Kompleks Arena Agora
TAMPIN
32. Majlis Daerah Tampin
33. Pejabat POS Tampin
34. Dewan Perdana Tampin
35. Tiang Stadium Mini Tampin
36. Tandas Awam (Berhampiran Kompleks Arena)

Apakah faedah dan manfaat yang akan dinikmati dengan 1NS Wireless City?

Dengan pelaksanaan 1NS Wireless City:

  • Dapat meningkatkan imej Kerajaan Negeri Sembilan sebagai negeri pertama yang menyediakan infrastruktur jalur lebar wireless secara menyeluruh (seamless) ke arah merealisasikan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI).
  • Memperluaskan penggunaan ICT berasaskan jalur lebar dan Internet lantas merangsang pembangunan industri negeri.
  • Memperkukuh perkhidmatan Kerajaan Negeri ke arah meningkatkan mutu kerja dan produktiviti jabatan Kerajaan Negeri.
  • Tersedianya sambungan jalur lebar pada bila-bila masa di lokasi berkenaan menjadi daya tarikan untuk orang ramai, usahawan dan perusahaan serta pelancong-pelancong ke Negeri Sembilan.
  • Membolehkan rakyat Negeri Sembilan berkomunikasi sesama mereka walau di mana mereka berada.
  • Membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk turut menikmati faedah penggunaan jalur lebar, justeru merapatkan jurang digital di Negeri Sembilan.
  • Memperkaya kehidupan rakyat Negeri Sembilan dengan penggunaan aplikasi jalur lebar sebagai sebahagian gaya hidup.
Adakah projek ini akan meningkatkan kadar penembusan Internet di Negeri Sembilan?
Ya, pelaksanaan projek ini diharapkan dapat meningkatkan kadar penembusan Internet di Negeri Sembilan di mana ianya dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan turut menikmati perkhidmatan Internet secara percuma menggunakan jalur lebar tanpa wayar.

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus