Kejayaan perlaksanaan ‘Dasar Jaringan Keselamatan Sosial’ (DJKS) yang mula diperkenalkan sejak tahun 2005 oleh YAB. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan itu, terbukti menjadi sebuah dasar holistik yang dipacu secara agresif sehingga merubah lanskap pembangunan negeri, ekonomi, kebajikan, sosial dan taraf hidup rakyat di negeri ini.

Berteraskan sebuah dasar yang komited kepada kebajikan rakyat, Dasar Jaringan Keselamatan Sosial yang berkronologikan matlamat untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin tegar telah berjaya menurunkan peratus kemiskinan di Negeri Sembilan.

Keberkesanan perlaksanaan DJKS di Negeri Sembilan telah diperakui oleh Kerajaan Pusat ianya mampu membawa kebaikan kepada semua pihak.

Kini, disokong asasnya DJKS, Kerajaan Negeri telah mengorak ke hadapan bagi perlaksanaan fasa kedua dalam merealisasikan hasrat kerajaan memakmur dan mensejahterakan rakyat. Melalui sisipan dasar-dasar Kerajaan Negeri Sembilan yang telah dilaksanakan itu, kemajuan dalam sektor ilmiah, pendidikan agama, ekonomi dan taraf hidup masyarakat Islam amnya turut membuktikan keberkesanannya melalui dasar-dasar baru yang diterjemahkan melalui asas DJKS. Antara kejayaan yang telah direalisasikan melalui perlaksanaan dasar itu adalah:-

  1. Mewujudkan Sistem Jaringan Keselamatan Sosial (JKS) menerusi kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan (JKMNS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan (JAKOA) yang bermatlamat menjaring golongan miskin atau tidak berkemampuan untuk menerima pelbagai jenis bantuan dari kerajaan.

  2. Seramai 32,748 orang menerima bantuan bulanan sehingga Julai 2016 melalui pelbagai agensi di bawah DJKS. Melalui Sistem Pendaftaran Kemiskinan melalui e-Kasih yang diperkenalkan sejak 2008, seramai 15,898 Ketua Isi Rumah telah didaftarkan dalam sistem tersebut dan mereka telah dikeluarkan daripada kategori Miskin dan Miskin Tegar.

Pautan Agensi

Pautan Negeri

Capaian Terus