Portal Kerajaan Negeri Sembilan menyediakan kemudahan untuk membantu mereka yang memerlukan sedikit ubahsuai kepada kandungan portal ini supaya dapat dibaca dalam keadaan yang terbaik. Ini untuk memenuhi matlamat W3C: Web Accessibility Initiative (WAI) yang mana untuk menjadikan portal boleh dicapai oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.

Antara kemudahan yang disediakan pada masa ini ialah:

Pemilihan Warna Text: Menukar warna text portal untuk memudahkan bacaan mereka yang mempunyai masalah penglihatan ataupun buta warna. Pilihan terdapat pada penjuru kanan di atas 'banner'.
 
Pengubahan Saiz Text: Mengubah saiz text untuk menjadi lebih besar atau lebih kecil mengikut kesesuaian dan memudahkan bacaan pengguna. Ianya terletak pada penjuru kanan di atas 'banner'.
 
Pautan ke Pembaca Teks Luaran iaitu IE Page Reader: Pengguna perlu mendapatkan perisian tersebut dengan memuat turun IE Page Reader. Sebelum pengguna boleh menggunakan komponen ini, pengguna harus memuat turun MS Speech API. Jika pengguna menggunakan Windows 2000 ke atas, besar kemungkinan sistem pengguna sudah memiliki komponen ini. Pengguna juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine.

Speech engine
adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap di dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila ke Laman Text Reader ini.

Pautan Agensi

Pautan Negeri

Capaian Terus