1. Apakah itu Portal NS?
    Portal NS adalah singkatan untuk Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan. Portal NS merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Sembilan melalui Internet.
     
  2. Mengapa Portal Negeri Sembilan diwujudkan?
    Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Sembilan telah disediakan secara online dan Portal NS diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.
     
  3. Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal NS?
    Umumnya, Portal NS boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.
     
  4. Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?
    Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal NS tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari "Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan" di bahagian bawah setiap halaman.
     
  5. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal NS?
    Anda boleh menghubungi:-
    Unit Korporat, Inovasi dan Kualiti
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
    Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
    Jalan Dato Hamzah, 70503 Seremban,
    Negeri Sembilan
    korporatsukns[at]ns[dot]gov[dot]my
    webmaster[at]ns[dot]gov[dot]my

     
  6. Bagaimana untuk mengetahui jawatan kosong di kerajaan negeri ataupun jabatan lain dalam kerajaan Negeri Sembilan?
    Jawatan kosong dalam Kerajaan Negeri Sembilan di war-warkan melalui Laman Web Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus, Laman Web Agensi yang berkenaan, papan kenyataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan surat kepada semua ketua jabatan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan untuk makluman dan diletakkan iklan tersebut di papan kenyataan jabatan masing-masing.
     
  7. Sekiranya anda mempunyai soalan lain, sila klik di sini : Maklum balas 

Pautan Agensi

Pautan Negeri

Capaian Terus