Seremban, 3 Jun 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan bahawa Program Mantai Perdana akan diteruskan. Program ini membolehkan orang ramai membeli daging pada harga murah.

Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun, pada dasarnya kerajaan negeri bersetuju meneruskan program mantai perdana dan kali ini dibuat di setiap daerah. Selain jualan daging, ada juga jualan ayam, telur, sayuran akan diadakan.

Bagi majoriti penduduk Malaysia yang tinggal di luar Negeri Sembilan, Hari Mantai adalah sesuatu yang jarang didengar. Mantai begitu sinonim dengan penduduk di Negeri Sembilan apabila menyambut ketibaan Ramadhan ataupun Syawal. Perkataan mantai berasal daripada perkataan membantai iaitu hari untuk menyediakan daging sembelihan pada hari sebelum menjelangnya Ramadan ataupun Syawal setiap tahun.

Semasa Hari Mantai, masyarakat akan bersama-sama bergotong-royong untuk memotong daging, menyedia bahan-bahan lain untuk memasak ketupat, lemang, rendang dan makanan tradisional yang lain.


Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus