dtsa
PUTRAJAYA, 4 Mac 2019 -
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) telah berjaya mencapai sasaran melebihi 100% yang telah ditetapkan oleh MAMPU dalam penerbitan set Data Terbuka di Portal Data Terbuka pada tahun 2018. Sebanyak 83 set data telah berjaya diterbitkan melebihi 50 set data yang telah ditetapkan oleh MAMPU.

Penerbitan set Data Terbuka di Portal Data Terbuka telah diangkat sebagai Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator-KPI) Generik bagi penilaian prestasi Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) dengan sasaran 10,000 set data baharu diterbitkan di Portal Data Terbuka.

YB Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan telah menerima sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Ismail bin Bakar, Ketua Setiausaha Negara di dalam Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka Bagi Tahun 2018. Majlis telah berlangsung di Dewan Taklimat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri pada 4 Mac 2019.

Sebagai kesinambungan daripada pencapaian tersebut, PSUKNS akan terus berusaha untuk mencapai sasaran yang lebih tinggi lagi pada tahun 2019 ini khususnya untuk meningkatkan kualiti data serta memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan menerusi data terbuka yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak sama ada rakyat, agensi Kerajaan, dan sebagainya.


Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus