Seremban, 30 Januari 2019 (Korporat SUKNS) -
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah menyempurnakan pengisytiharan Majlis Daerah Jempol (MDJL) sebagai Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) di hadapan kira-kira 3,000 warga Jempol.

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud dan putera baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin.

Keberangkatan tiba baginda diiringi Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan isteri Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

Dengan pengisytiharan itu, MPJL kini menjadi majlis perbandaran keempat di negeri ini selepas Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai dan Majlis Perbandaran Port Dickson.


Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus