MAHA_2018
Sektor pertanian akan terus kekal penting dan relevan kerana tidak lagi dilihat sebagai pengeluaran makanan tetapi telah diterima sebagai faktor penting dalam menjamin “food security” atau keselamatan makanan negara. Kerajaan sedang dalam kajian bagi merangka Dasar Agro Makanan Negara 2021-2030 yang bertujuan memacu pemodenan sektor agro makanan.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Sembilan turut menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

Bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita”, pameran dwi tahunan itu akan berlangsung selama 11 hari sehingga 2 Disember depan. MAHA merupakan landasan terbaik bagi masyarakat petani, penternak, nelayan dan usahawan industri asas tani untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan masing-masing kepada umum.

Hadir sama ke Pavillion Negeri Sembilan ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, YB Tuan Hj. Bakri Sawir, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dr. Razali Ab. Malik.


Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus