WISMA NEGERI (11 Oktober 2018):
Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, menganjurkan Program Technology Update 2018 yang bertajuk “Mengimbangi Impak Media Sosial Dalam Perkhidmatan Awam Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan”.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula 11 Oktober diadakan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri dan disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Puan Salinah binti Ismail. Turut hadir Pengarah UPTM, Puan Aida Nora binti Ismail.

Puan Salinah di dalam ucapannya mengingatkan supaya semua penjawat awam perlu lebih berhati-hati dan mementingkan pematuhan undang-undang, peraturan dan garis panduan yang sedang berkuat kuasa.

“Usaha ini perlu bagi memastikan penggunaan media sosial dan pengaliran maklumat yang telus, berhemah dan memberi impak positif kepada sektor awam,” katanya.

Beliau berharap agar setiap penjawat awam yang menyertai seminar ini akan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam penggunaan media sosial melalui beberapa siri ceramah, taklimat dan pameran yang telah diatur.

Lima penceramah dijemput khas sepanjang dua hari program berlangsung. Mereka terdiri daripada Penganalisis Jenayah, Encik Kamal Affandi bin Hashim dengan tajuk ceramahnya Jenayah Siber Di Media Sosial, Encik Abdul Wahab bin Mat Ariff dari Usrah Associates ceramah bertajuk Takaful dan Pengurusan Kewangan Islam, Dr. Norfaiza binti Fuad, Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn (Gelombang Otak Manusia), Telekom Malaysia (Bagaimana TM Membantu Kehidupan Anda?) dan penceramah bebas Dr. Rozieta Shaary (Ibu Rose) dengan ceramah bertajuk Parenting VS Sexual Grooming Dalam Media Sosial.


Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus