Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan Tuan Haji Aminuddin bin Harun mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Menurutnya, semangat kerjasama yang ditunjukkan begitu menyumbang kepada kelancaran dan kejayaan program yang sekaligus bermatlamatkan penggukuhan semangat kebangsaan dalam diri dan jiwa masyarakat.

“Berkat kesungguhan semua petugas, perjalanan program dapat berjalan lancar dan mendapat sambutan lebih 15 ribu orang,” katanya ketika berucap di Majlis Penghargaan Penghargaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Sembilan.

Jelasnya, kesungguhan setiap petugas dari acara peringkat awal sehinggalah ke kemuncaknya membuatkan saya lebih yakin, petugas semua mempunyai sudut pandangan yang mampu membentuk suatu kelainan dengan menampilkan gerak kerja yang lebih tersusun.

“Dalam penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan ini, kita bergabung tanpa mengira kaum, agama dan keturunan, kita bersatu di bawah semangat nasionalisme yang saling sokong menyokong tanpa mengira bangsa,” katanya.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dalam pertandingan perbarisan dan Kibar Jalur Gemilang dan Keceriaan Hari Kebangsaan 2018. Turut sampaikan juga sijil penghargaan kepada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Sembilan.

Dalam pertandingan perbarisan bagi kategori jabatan kerajaan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar diumumkan sebagai johan. Naib Johan Majlis Perbandaran Seremban dan ketiga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Manakala kategori daerah-daerah pula, Majlis Daerah Jempol diumumkan sebagai juara, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol meraih tempat ke dua dan ketiga Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu.

Bagi kategori swasta pula Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) berjaya menjadi Johan. Naib Johan dimenangi oleh On Semiconductor Sdn. Bhd. dan tempat ke tiga Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus