Ahli-EXCO-Kerajaan-NS-Isytihar-Harta
SEREMBAN (31 Ogos 2018):
Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban disambut dengan penuh meriah dengan dihadiri oleh lebih 10,000 orang awam pelbagai bangsa.

Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berangkat mencemar duli menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri 2018.

Turut hadir, Yang Teramat Mulia Dato’ Undang Luak Sungai Ujong, Dato’ Klana Petra Dato’ Haji Mubarak Bin Dohak, Yang Teramat Mulia Dato’ Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman, Tunku Besar Tampin, Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan Yang Amat Mulia Dato’ Syahbandar Sungei Ujong, Dato’ Seri Utama Haji Badrudin Haji Abdul Khalid.

Persembahan Demonstrasi Tempur Tanpa Senjata oleh 550 orang anggota gabungan Pasukan naungan 1 Briged membuka tirai acara sambutan pada tahun ini dan diteruskan dengan upacara membawa bendera oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George ke-V, Seremban.

Acara diikuti dengan Kawalan Kehormatan Utama memberi Hormat Diraja kepada Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Seramai tiga pegawai dan 103 orang anggota pelbagai pangkat dari Batalion ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Senawang yang diketuai oleh Mejar Mohd Fazlee bin Basri dan Pegawai Panji-Panji Pasukan dibawa oleh Lt. Nasyrul Izzuan bin Jamaludin. Kumpulan Pancaragam Gabungan 1 Briged diketuai oleh Staf Sarjan Md Firdaus bin Md Yusof dengan kekuatan ahli seramai 40 orang.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB. Tuan Haji Aminuddin bin Harun serta isteri Puan Wan Hasni binti Wan Yusof, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, YB. Tuan Zulkefly bin Mohd Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan YB. Dr. Razali bin Ab. Malik, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

Seramai 5,971 orang peserta mewakili 94 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai Persatuan Veteran Tentera dan Polis, Pasukan Beruniform Sekolah, Jabatan-jabatan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Agensi-Agensi Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), dan Pasukan Keselamatan mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-61.

Selain perarakan kontinjen, sambutan pada tahun ini turut disertai dengan perarakan aset oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.


Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus