Ahli-EXCO-Kerajaan-NS-Isytihar-Harta
SEREMBAN (1 Ogos):
Pegawai Daerah Jempol, Yang Berbahagia Dato’ Zazali Salehudin dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Seremban (MPS) merangkap Majlis Perbandaran Nilai berkuatkuasa 1 Ogos 2018.

Upacara angkat sumpah pelantikan beliau diadakan dihadapan Menteri Besar Negeri Sembilan YAB. Tuan Haji Aminuddin Harun dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan YB. Dr. Razali Ab. Malik, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB. Tuan Teo Kok Seong, Penasihat Undang-Undang, YB. Dato’ Iskandar Ali Dewa dan Pegawai Kewangan Negeri, YB. Tuan Mohd Khidir Majid.

Pelantikan Dato’ Zazali adalah bagi menggantikan mantan YDP MPS, Dato’ Abd Halim Abd Latif yang telah tamat tempoh kontrak perkhidmatan beliau pada 31 Julai lalu.


Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus