Ahli-EXCO-Kerajaan-NS-Isytihar-Harta
WISMA NEGERI (18 Julai):
Negeri Sembilan menjadi negeri pertama apabila 10 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Ahli Exco) mengisytiharkan harta mereka hari ini

sejajar dengan janji Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat seperti yang terkandung dalam manifesto parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Yang Berhormat Dr. Razali Ab. Malek, Penasihat Undang-Undang Negeri, Yang Berhormat Dato’ Iskandar Ali Dewa dan barisan ahli exco turut hadir dalam sesi tersebut.

Menteri Besar memaklumkan, maklumat pengisytiharan harta ini turut dipaparkan di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan, www.ns.gov.my bagi tempoh tiga bulan akan datang untuk tatapan umum.

“Pengisytiharan harta akan dibuat lagi selepas tempoh tiga tahun, walau bagaimanapun sekiranya terdapat sebarang penambahan atau pelupusan harta, ahli exco yang terlibat perlu membuat pengisytiharan semula,” katanya.

Menteri Besar turut berkata bahawa pengisytiharan harta ini sekaligus membuktikan kesungguhan PH dalam mencerminkan ketelusan dan transparensi dalam mentadbir kerajaan negeri.


Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus