Anugerah_Lima_Bintang_Indeks_Akauntabiliti
SEREMBAN:
Sembilan jabatan dalam kerajaan Negeri Sembilan menerima Anugerah Lima Bintang (Tahap Cemerlang) Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara bagi tahun 2016.

Jabatan berkenaan ialah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Kewangan Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Majlis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Kuala Pilah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Sempena penganugerahan itu, setiap jabatan menerima sebanyak RM10,000 sebagai sumbangan daripada Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan pada Majlis Perhimpunan Pentadbiran Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Sembilan Bil 1 Tahun 2018.

Pencapaian ini merupakan suatu pengiktirafan ke atas Pengurusan Kewangan Jabatan yang berada pada tahap yang cemerlang dan seharusnya dicontohi oleh semua pihak.

Sehubungan dengan itu, semua jabatan dan agensi di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan telah dianugerahkan Sijil Audit Bersih untuk Penyata Kewangan masing-masing bagi tahun 2016.


Pautan Agensi

Pautan Negeri

Capaian Terus