Laporan Pelaksanaan BOS OnlineKerajaan Malaysia telah memperkenalkan National Blue Ocean Strategy (NBOS) / Strategi Lautan Biru Kebangsaan pada tahun 2009 melalui NBOS Summit. NBOS ini merupakan pendekatan yang dilhamkan oleh Perdana Menteri bagi menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Inisiatif NBOS ini digerakkan seiring dalam langkah Kerajaan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan mensejahterakan rakyat.

Justeru, dalam memastikan inisiatif NBOS ini dilaksanakan secara holistik, penerapan ilmu pengetahuan terhadap pelaksanaan NBOS ini telah disebar luaskan kepada setiap jabatan/agensi samada di sektor Kerajaan mahu pun di sektor swasta. Pada 9 Disember 2016, kepimpinan Kerajaan Malaysia melalui Mesyuarat KPPA bersama-sama KSU Kementerian dan SUK Negeri telah menetapkan bahawa setiap kakitangan sama ada di peringkat Kementerian mahu pun Negeri perlu menjalani latihan Blue Ocean Strategy (BOS) Online bagi memastikan setiap kakitangan awam dapat memahami prinsip pelaksanaan BOS dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam perkhidmatan awam. Tiga (3) objektif utama yang digariskan dalam pelaksanaan BOS Online seperti berikut :

  1. Memahami konsep BOS dan pengaplikasiannya di organisasi;
  2. Meningkatkan pemikiran kreatif di kalangan peserta dan menterjemah ilmu yang dipelajari menggunakan tool dan framework BOS; dan
  3. Membina kakitangan awam yang inovatif dan kreatif dalam menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang berprestasi tinggi. Pihak Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah diamanahkan untuk menyelaraskan pelaksanaan BOS Online bagi setiap kakitangan awam di seluruh Malaysia.

Bagi tahun 2017, Kerajaan Malaysia telah mensasarkan 180,000 kakitangan awam untuk menjalani latihan BOS Online sehingga Disember 2017. Kerajaan Negeri Sembilan tidak terkecuali untuk melaksanakan inisiatif ini di mana seramai 500 kakitangan awam di pelbagai jabatan/agensi telah terlibat dalam menjayakan misi mempelajari framework dan management tools yang diguna pakai dalam BOS.

Bagi menjayakan sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak INTAN kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, enam (6) ambassadors BOS Online telah dilantik yang diketuai oleh Encik Azim bin Tajul Mulok, Penolong Setiausaha di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Ambassadors yang turut dilantik adalah Puan Suraya Mazni binti Sulaiman, Encik Azlan bin Nordin, Puan Normasliza binti Mohd Wazir, Encik Shahreza bin Mahadami dan Puan Saridah binti Mohd Shariff. Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya menyempurnakan pelaksanaan inisiatif BOS Online ini pada 19 Oktober 2017. Bagi memastikan kesinambungan pembeljaran dan pengamalan terhadap ilmu yang telah dipelajari dari BOS Online, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah memohon agar setiap Kementerian dan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan perkara-perkara seperti berikut :

  1. Penubuhan dan pelaksanaan NBOS Community of Practice di Kementerian, Jabatan, Agensi dan Kerajaan Negeri;
  2. Sumbangan idea kepada IdeaConnect di bawah inisiatif Blule Ocean Civil Service (BOCS); dan
  3. Penyertaan kursus Masterclass on NBOS di INTAN.

Keterlibatan semua kakitangan untuk menjayakan misi NBOS ini adalah penting bagi memastikan aspirasi nasional ke arah kesejahteraan rakyat dan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dan seterusnya lebih bersedia menempuhi perubahan dan cabaran menjelang tahun 2050.


Pautan Agensi

Pautan Negeri

Capaian Terus