PORT DICKSON, 14 Julai (Jumaat)
- Kampung Palebar Baru Port Dickson merupakan lokasi ke tujuh pelaksanaan KliP Mobile di bawah Program Strategi Lautan Biru (NBOS) peringkat Negeri Sembilan bagi tahun ini.

Seramai 35 orang penduduk tempatan yang majoritinya masyarakat Orang Asli menikmati rawatan asas percuma yang ditawarkan seperti pemeriksaan mata dan kesihatan.

Sebanyak dua pasukan yang terdiri daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan membawa kepakaran Klinik Pakar Mata Bergerak dan Unit bergerak Klinik Kesihatan Daerah Port Dickson di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia turun padang bagi menemui masyarakat yang memerlukan kemudahan yang disediakan.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah juga turut membuka kaunter bagi kemudahan pesakit untuk mendaftar sekiranya rawatan susulan melibatkan kos dari segi rawatan ataupun peralatan

Oleh: Sasitharan Mukundan


Pautan Agensi

Pautan Negeri

Capaian Terus