WISMA NEGERI, 24 Julai (Isnin)
- Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan menjuarai Pertandingan Hiasan Gerai Aidilfitri 2017 sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Penjawat Awam Wisma Negeri yang diadakan di Perkarangan Dewan Undangan Negeri.

Tempat kedua dimenangi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, manakala tempat ketiga Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan.

Sebanyak 10 jabatan dan agensi kerajaan yang beroperasi di dalam bangunan Wisma Negeri telah membuka gerai mengikut tema dan kreativiti mereka dengan menyediakan pelbagai juadah.

Hadiah disampaikan oleh YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dengan diiringi oleh YB. Dato’ Seri Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Oleh: Sasitharan Mukundan


Pautan Agensi

Pautan Negeri

Capaian Terus