WISMA NEGERI, 24 Julai (Isnin)
- Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Penjawat Awam Wisma Negeri disambut meriah apabila semua Jabatan dan Agensi kerajaan yang terlibat turut bergabung tenaga menjayakannya dengan membuka gerai-gerai yang menghidangkan pelbagai juadah istimewa untuk lebih seribu tetamu yang hadiri.

Majlis yang dihadiri Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan bertujuan mengeratkan lagi silaturahim dan muhibbah antara warga Wisma Negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Antara Jabatan dan Agensi kerajaan yang terlibat termasuklah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Kewangan Negeri, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Seri Haji Mat Ali bin Hassan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.

Oleh: Sasitharan Mukundan


Pautan Agensi

Pautan Negeri

Capaian Terus