Ikrar Bebas Rasuah PSUKNS
WISMA NEGERI
- Lebih 300 pejawat awam daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) mengadakan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang berlangsung di Theattreat, Wisma Negeri pada 27 April lalu.

Lafaz ikrar ini adalah susulan daripada lafaz IBR yang diadakan sebelum ini di peringkat kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Sembilan yang diketuai oleh Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan bersama Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri Sembilan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Dato’ Hasnul bin Mohamed mengetuai lafaz ikrar di hadapan Dato’ Seri Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Encik Ramli bin Ismail, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.

Majlis kemudiannya diikuti dengan menandatangani lafaz ikrar tersebut oleh Dato’ Hasnul dan Puan Salinah binti Ismail, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan) sebagai mewakili seluruh pejabat awam PSUKNS.

Dato’ Seri Mat Ali di dalam ucapannya berkata, PSUKNS berhasrat menubuhkan rakan integriti yang boleh berperanan sebagai penasihat bagi mengelakkan penjawat awam dari terlibat di dalam salah guna kuasa dan rasuah.

Menurutnya, rakan integriti ini lebih menjurus untuk sentiasa memberi ingatan agar penjawat awam tidak tidak terlibat dengan aktiviti yang berikaitan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Berita Oleh: Juriyati Mat Jalil


Pautan Agensi

Pautan Negeri

Capaian Terus