Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan

Syarat –Syarat Permohonan:


1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.

2. Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.

3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.

4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.

5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.

6. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh yang berikut sahaja:

YB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN;atau
Penghulu;atau
Pengerusi MPKK / KRT / Taman.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Salinan kad pengenalan pemohon DAN ibu bapa ATAU penjaga;
Salinan Sijil Kematian ATAU Perceraian jika berkenaan;
Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu bapa ATAU penjaga;
Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU bayaran yuran pendaftaran ATAU surat pengesahan pengajian;
Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah; Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.

Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap dan telah mendapat pengesahan oleh pihak yang berkenaan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pos ke:

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
Tingkat 5B, Wisma Negeri
70503 Seremban

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 06-7659936 /31 @ 06-7659784 /85

Berikut adalah capaian terus kepada borang-borang berkaitan:

 


Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus