Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) telah ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah pimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri yang pertama iaitu Encik Othman bin Mohamed yang bertugas dari 1 Februari 1948 hingga 27 Jun 1949. Pada waktu itu bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan terletak berhampiran Taman Bunga Bandar Seremban dan berhadapan dengan Istana Hinggap Paduka Seri Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Pada 16 April 1987 keseluruhan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah berpindah ke bangunan baru yang berhampiran. Pejabat baru ini telah dirasmikan oleh Paduka Seri Tuanku Yang Di- Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 26 September 1987 dengan dikenali sebagai Wisma Negeri.

Pentadbiran PSUKNS terbahagi kepada dua sayap utama iaitu Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pengurusan.

Bahagian Pembangunan terdiri dari enam (6) unit iaitu :

  1. Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
  2. Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
  3. Badan Kawal Selia Air (BKSA)
  4. Unit Perumahan (UP)
  5. Unit Kerajaan Tempatan (UKT)
  6. Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS)

Bahagian Pengurusan pula terdiri daripada dua belas (12) bahagian dan unit iaitu :

  1. Pejabat Menteri Besar (PMB)
  2. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
  3. Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
  4. Unit Integriti (UI)
  5. Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM)
  6. Unit Dewan Undangan Negeri (UDUN)
  7. Majlis Sukan Negeri (MSN)
  8. Unit Korporat, Inovasi dan Kualiti (UKIK)
  9. Unit Pengurusan Majlis Rasmi dan Protokol (UPMP)
  10. Unit Penyelarasan dan Pemantauan Institusi Akar Umbi (UPPIAU)
  11. Unit Audit Dalam (UAD)
  12. Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan (UPANS)

Hal ehwal pentadbiran dan pengurusan berkaitan perkhidmatan awam di Negeri Sembilan diuruskan dan diselaraskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Ia juga berperanan sebagai pakar runding dalam hal berkaitan pembangunan ekonomi serta merupakan perancang utama dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi sektor awam di Negeri Sembilan. Selain itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan turut menjadi penyelaras dan penghubung kepada agensi lain yang terdiri dari jabatan Negeri dan Persekutuan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pautan Agensi

Pautan Negeri

Capaian Terus