UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI
1. Menilai cadangan-cadangan projek pembangunan daripada pihak swasta dan membuat perakuan kepada pihak berkuasa negeri untuk keputusan dalam tempoh 2 bulan setelah menerima laporan / ulasan lengkap daripada jabatan /agensi yang berkaitan.
UNIT PENSWASTAAN DAN PELABURAN
1. Memproses dan memaklumkan keputusan bagi cadangan pelaburan daripada syarikat swasta yang berimpak tinggi dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap
UNIT PERUMAHAN
1. Menyelesaikan semua urusan semakan dan terimaan hasil di Kaunter Hasil dalam tempoh 10 minit
UNIT KERAJAAN TEMPATAN
1 Memproses tuntutan bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima
BADAN KAWAL SELIA AIR
1. Memastikan pemprosesan dan pengeluaran Lesen Abstraksi Air Mentah yang diluluskan Kerajaan Negeri Sembilan dalam tempoh 60 hari bekerja
LEMBAGA PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN
1. Mengemas kini laman web / laman sosial Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan setiap hari bekerja selepas pengesahan / pelaksanaan program.
UNIT DEWAN UNDANGAN NEGERI
1. Menyampaikan keputusan kepada pemohon / agensi kerajaan dalam tempoh 3 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri disahkan
MAJLIS SUKAN NEGERI
1. Memastikan bantuan pengelolaan sukan, penyertaan pertandingan, perolehan peralatan sukan dan penganjuran program-program sukan oleh Persatuan Sukan Negeri diberi tidak lewat 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
UNIT PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
1. Memastikan tempoh gangguan rangkaian (network downtime) tidak melebihi 2 hari.
PEJABAT MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
1. Setiap permohonan bantuan yang telah lengkap akan diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja.
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1. Menguruskan pengisian jawatan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup.
2. Memproses permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh dokumen yang lengkap diterima.
3. Pengeluaran keputusan urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan jawatan kenaikan pangkat.
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
1. Menguruskan permohonan tempahan, perkhidmatan sokongan dan logistik dalam tempoh yang ditetapkan seperti berikut:
a. Penggunaan kenderaan jabatan dalam tempoh 2 hari bekerja;
b. Tempahan rumah peranginan kerajaan Negeri Sembilan, Port Dickson dalam tempoh 3 hari bekerja; dan
c. Permohonan penyewaan lobi kafeteria Wisma Negeri dalam tempoh 1 hari bekerja
2. Memastikan setiap tuntutan dibayar dalam tempoh 14 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima.
UNIT PENGURUSAN MAJLIS DAN PROTOKOL
1. Mengemas kini senarai protokol dalam masa 1 hari selepas menerima notis perubahan daripada pihak berkenaan.
UNIT KORPORAT, INOVASI DAN KUALITI
1. Menjalankan kajian kepuasan pelanggan 2 kali setahun (setengah tahun pertama dan setengah tahun kedua).
UNIT AUDIT DALAM
1. Laporan pengauditan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja.
UNIT PENGADUAN AWAM
1. Mengurus dan menyelesaikan aduan orang ramai terhadap jabatan/agensi awam dalam tempoh 15 hari bekerja.

Pautan Agensi

Pautan Negeri

Capaian Terus