Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

OBJEKTIF

Merancang dan melaksanakan Pengurusan Sumber Manusia bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan untuk meningkatkan kecekapan dalaman :-

  1. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan bagi kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  2. Menguruskan hal-hal bekaitan dengan perancangan tenaga manusia dan pembangunan organisasi.
  3. Merancang, melaksana dan mengurus pembangunan sumber manusia.
  4. Mengurus prestasi dan kawalan tatatertib jabatan-jabatan negeri.
  5. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan integriti dan kualiti.
  6. Meningkatkan pembangunan modal insan dan memperkukuhkan organisasi bagi memantapkan prestasi perkhidmatan awam di Negeri Sembilan.

FUNGSI

  1. Pengurusan Organisasi dan Sistem Maklumat
  2. Pengurusan Personel
  3. Pengurusan Psikologi
  4. Pengurusan Tatatertib
  5. Pengurusan Latihan
  6. Pengurusan Kenaikan Pangkat

PIAGAM PELANGGAN

  1. Menguruskan pengisian jawatan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup
  2. Memproses permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh dokumen yang lengkap diterima.
  3. Pengeluaran keputusan urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dalam tempoh 4  bulan dari tarikh tutup iklan jawatan kenaikan pangkat.

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan

OBJEKTIF

  1. Merancang dan melaksanakan dasar-dasar serta strategi-strategi untuk memaju , menggalak dan membantu pembangunan ekonomi dan sosial Negeri Sembilan.
  2. Menguruskan hal-hal bekaitan dengan perancangan tenaga manusia dan pembangunan organisasi.
  3. Melaksanakan wawasan , matlamat , program – program dan aktiviti yang telah ditetapkan bagi Negeri Sembilan
  4. Mewujudkan suasana dan budaya kerja cemerlang bagi melahirkan pemikiran positif , amalan yang produktif dan inovatif serta mempunyai nilai-nilai murni di kalangan pegawai dan anggota perkhidmatan awam negeri.

FUNGSI

  1. Menentukan setiap majlis rasmi dan program mingguan Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan dapat di laksana dengan teratur dan sempurna
  2. Menentukan setiap temujanji Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan dapat diatur mengikut masa yang telah ditetapkan
  3. Menentukan ucapan / kata – kata aluan dan penyampaian Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan dapat disediakan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
  4. Menguruskan dan membantu peruntukan di bawah vot (65007) Amanah Dana Khas , (P50) Kemasyarakatan , (P56) kerja-kerja kecil ADUN dan (B08) Belanja pejabat dilaksanakan dengan teratur serta mengikut tatacara kewangan
  5. Memastikan sumbangan kemasyarakatan dapat disalurkan dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.
  6. Menentukan Majalah Suara Negeri dapat disiapkan dan diedarkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap permohonan bantuan yang telah lengkap akan diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Bahagian Khidmat Pengurusan

OBJEKTIF

Merancang dan melaksankan Pengurusan Sumber Manusia bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan untuk meningkatkan kecekapan dalam:-

  1. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan bagi kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  2. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perancangan tenaga manusia dan pembangunan organisasi.
  3. Merancang, melaksana dan mengurus Pembangunan Sumber Manusia.
  4. Mengurus prestasi dan kawalan tatatertib Jabatan-jabatan Negeri.
  5. Mengurus hal-hal berkaitan dengan integriti dan kualiti.
  6. Meningkatkan pembangunan modal insan dan memperkukuhkan organisasi bagi memantapkan prestasi perkhidmatan awam di Negeri Sembilan.

FUNGSI

UNIT PENTADBIRAN AM

  1. Mengurus dan menyelenggara fail-fail jabatan
  2. Menguruskan surat keluar masuk jabatan.
  3. Menguruskan permohonan penggunaan dewan dan bilik-bilik msyuarat di Wisma Negeri.
  4. Menguruskan permohonan untuk menduduki Rumah Kerajaan (Kuarters) di bawah pentadbiran jabatan.
  5. Memproses permohonan pinjaman perumahan kakitangan pentadbiran kerajaan negeri
  6. Menguruskan permohonan untuk menduduki Rumah Peranginan Kerajaan Negeri, Port Dickson
  7. Menguruskan permohonan penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan dan jabatan
  8. Urusan telefon di jabatan
  9. Menguruskan hal ehwal perjawatan di jabatan
  10. Menguruskan pemohonan dan penggunaan tempat letak kereta di Wisma Negeri
  11. Menjaga keselamatan dalam jabatan
  12. Menguruskan, menyelia dan memantau perkhidmatan kawalan keselamatan di Wisma Negeri dan bangunan-bangunan di bawah pentadbiran jabatan
  13. Urus setia Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan
  14. Menjadi urus setia dan menguruskan majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri

UNIT KEWANGAN

  1. Merancang dan melaksanakan perolehan jabatan mengikut peraturan dan Arahan Perbendaharaan
  2. Merancang dan menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus dan Pembangunan
  3. Memproses pinjaman kenderaan dan komputer kakitangan pentadbiran Kerajaan Negeri
  4. Menguruskan tender / sebut harga
  5. Menerima kutipan hasil
  6. Memproses permohonan pendahuluan diri
  7. Memberi maklum balas teguran audit
  8. Urus setia Akaun Amanah Jabatan
  9. Urus setia Laporan Pemeriksaan Wang Tunai
  10. Mengedarkan Pekeliling Perbendaharaan dalam Jabatan
  11. Urus setia Jawatan kuasa Pengurusan, Kewangan dan Akaun Jabatan
  12. Menyelenggara dan mengurskan perakuaunan jabatan serta pembangunan Akaun Amanah dan Hasil Jabatan
  13. Menguruskan pembayaran termasuk gaji dan elaun

UNIT PENGURUSAN BANGUNAN DAN ASET

  1. Menyelia kerja-kerja penyelenggaraan bangunan pejabat dan kaurters milik Kerajaan Negeri merangkumi kerja-kerja
    1. Pemeriksaan
    2. Pembaikan
    3. Landskap atau hiasan
  2. Menyelia, menyelenggara dan menguruskan persiapan mesyuarat dan majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri.
  3. Menguruskan pergerakan dan pemindahan barang-barang milik jabatan bagi tujuan pinjaman peralatan untuk majlis rasmi.
  4. Menguruskan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan Rumah Peranginan Kerajaan Negeri, Port Dickson.
  5. Menguruskan semua asset alih kerajaan di jabatan di bawah kawalan yang meliputi:
    1. Penerimaan
    2. Pendaftaran
    3. Penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan
    4. Penyelenggaraan
    5. Pelupusan
    6. Kehilangan dan hapus kira
  6. Menguruskan pelantikan Pegawai Pemeriksa dan Jawatankuasa Menyiasat.
  7. Menguruskan pelupusan aset alih Kerajaan Negeri
  8. Menguruskan kehilangan dan hapus kira bagi jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri
  9. Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset (JKPAK) bagi jabatan
  10. Membuat naziran aset alih di jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri
  11. Menyelaras penyediaan Laporan Tahunan asset alih jabatan berikut:
    1. Harta modal dan inventori
    2. Pemeriksaan harta modal dan inventori
    3. Pelupusan aset alih kerajaan
    4. Tindakan surcaj atau tatatertib
  12. Menguruskan pemohonan syor roboh bangunan milik Kerajaan Negeri

Unit Dewan Undangan Negeri

OBJEKTIF

  1. Mengurus, mengatur dan menyediakan khidmat urus setia bagi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
  2. Mengurus, mengatur dan menyediakan khidmat urus setia bagi Persidangan Dewan Undangan Negeri.
  3. Menguruskan hal ehwal perkhidmatan dan saraan Ahli dan Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri.
  4. Menguruskan pelantikan dan pertukaran Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
  5. Memberi khidmat urus setia kepada Jawatankuasa dan tugasan yang berikut :
    1. Jawatankuasa – Jawatankuasa Dewan Undangan Negeri;
    2. Jawatankuasa Lembaga Pengampunan Negeri;
    3. Pewartaan Undang – Undang, Peraturan – Peraturan dan Enakmen di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan;
    4. Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Negeri Sembilan;
    5. Persidangan Tahunan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri se-Malaysia; dan
    6. Persidangan YAB Menteri – Menteri Besar dan Ketua – Ketua Menteri se- Malaysia.

FUNGSI

  1. Urus Setia Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).
  2. Urus Setia Mesyuarat Pasca-MMK.
  3. Urus Setia Persidangan Dewan Undangan Negeri.
  4. Mengurus Hal Ehwal Perkhidmatan bagi :
    1. Ahli MMK / bekas Ahli MMK serta tanggungan;
    2. ADUN / bekas ADUN serta tanggungan; dan
    3. Setiausaha Politik / bekas Setiausaha Politik serta tanggungan.
  5. Mengurus tuntutan Ahli MMK, ADUN dan pemandu.
  6. Perisytiharan Warta – Warta Kerajaan dan Hari – Hari Kelepasan Am.
  7. Urus Setia Jawatankuasa menurut Peraturan XXVII, XXVIII, XXVIIIA, XXVIIIB, XXVIIIC Peraturan – Peraturan dan Perintah – Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Sembilan.
  8. Urus Setia bagi pelantikan dan pertukaran Pengerusi, Setiausaha dan Ahli JKKK.
  9. Mengurus dan menyediakan kertas bayaran pencen, ganjaran dan pencen terbitan kepada bekas Ahli MMK, ADUN dan Setiausaha Politik.
  10. Urus Setia Lembaga Jemaah Negeri.
  11. Urus Setia bagi Persidangan Parlimen Komanwel.
  12. Menguruskan Pelantikan YAB Menteri Besar dan Ahli MMK, ADUN dan Setiausaha Politik.
  13. Urus Setia bagi Persidangan Yang Dipertua Dewan se-Malaysia.
  14. Urus Setia memetri dan meminda urusan Sijil Kerakyatan.
  15. Pentadbiran Am.
  16. Perkhidmatan

Unit Pengurusan Majlis Rasmi Dan Protokol

OBJEKTIF

  1. Membantu kerja-kerja keurusetiaan dalam menguruskan perkara berkaitan protokol untuk majlis-majlis rasmi kerajaan Negeri Sembilan.
  2. Menjadi rujukan kerajaan Negeri Sembilan mengenai perkara-perkara berkaitan pengurusan majlis-majlis rasmi dan susunan protokol.
  3. Menguruskan senarai susunan protokol, gambar poster VIP-VIP Negeri Sembilan, Buku Harian Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan dan sebarang perkara yang berkaitan dengan keperluan majlis rasmi VIP-VIP Negeri.

FUNGSI

  1. Menguruskan sambutan Hari Keputeraan D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
  2. Menguruskan pencalonan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan.
  3. Memberi kidmat nasihat dan rundingan dalam menguruskan sesuatu majlis rasmi kerajaan dan hal ehwal protokol peringkat Negeri Sembilan.
  4. Menguruskan jemputan untuk majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri
  5. Menguruskan Buku harian Rasmi Kerajaan Negeri
  6. Memasukkan gambar poster VIP-VIP Negeri

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

OBJEKTIF

  1. Memastikan projek ICT selaras dengan Pelan Strategik ICT (ISP) Kerajaan Negeri Sembilan.
  2. Memastikan pembangunan sistem, kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
  3. Memastikan kebolehsediaan (availability) infrastruktur ICT berada pada tahap tinggi.
  4. Memberikan khidmat bantuan dalam membangun dan mengurus sistem maklumat yang cekap dan berkualiti.
  5. Memastikan budaya ICT diterapkan ke dalam tadbir urus dan diamalkan oleh warga Kerajaan Negeri Sembilan.

FUNGSI

  1. Merancang dasar dan menyelaras pelaksanaan projek-projek ICT di jabatan dan agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.
  2. Merancang, mengurus, membangun, melaksana, meningkat, mengawal selia dan menyenggara sistem aplikasi dan portal rasmi Kerajaan Negeri.
  3. Menyedia, menyenggara dan memantau infrastruktur rangkaian INS*Net, melaksana audit keselamatan dan mengurus insiden keselamatan ICT.
  4. Merancang, membangun, memantau dan menilai pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik.
  5. Memberi khidmat sokongan teknikal dan khidmat kepakaran dalam semua bidang ICT kepada jabatan / agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.
  6. Mewujudkan piawaian bagi menyeragamkan pembangunan, penyenggaraan dan peningkatan sistem.
  7. Menyediakan dokumentasi sistem ICT seperti Tatacara Pengendalian Sistem (SOP), Manual Pengguna dan dokumentasi yang berkaitan.
  8. Merancang program bagi meningkatkan keberkesanan perancangan ICT di peringkat negeri.
  9. Mengkaji dan memperkenalkan teknologi ICT terkini yang sesuai untuk memenuhi keperluan negeri.
  10. Merancang, menyelaras dan menguruskan pembudayaan dan program latihan ICT untuk warga Pentadbiran Kerajaan Negeri.
  11. Merancang, mentadbir, mengawal dan menyelaras semua aktiviti unit.

Majlis Sukan Negeri Sembilan

OBJEKTIF

  1. Untuk memajukan sukan dalam negeri dengan usaha dan perancangan mempertingkatkan prestasi atlet-atlet dari peringkat akar umbi bagi menyertai pertandingan-pertandingan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  2. Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pemimpin sukan tempatan.
  3. Membantu memperbaiki dan memperkemaskan persatuan dan pertubuhan sukan peringkat daerah dan negeri serta merancang besamanya perlaksanaan program pembangunan sukan di peringkat negeri dan daerah.
  4. Merancang dan menguruskan kemudahan sukan yang diletakkan dibawah tanggungan dan tanggungjawab Majlis.
  5. Menyelaras penyertaan dan persiapan kontinjen negeri dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA)

FUNGSI

  1. Menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentabdiran Majlis Sukan Negeri;
  2. Membantu penubuhan Majlis Sukan Daerah dengan membantu mengadakan kemudahan sukan yang sesuai bagi memajukan sukan di peringkat akar umbi;
  3. Mencadangkan syor-syor kepada Kerajaan Negeri mengenai cara, langkah dan dasar yang patut diambil bagi kemajuan serta pembangunan sukan akar umbi dan prestasi tinggi serta melaksanakan jika syor- syor tersebut diluluskan;
  4. Mengambil segala langkah yang difikirkan perlu bagi mencapai matlamat Majlis dalam misi sukan
  5. Menyelaras aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan oleh jabatan-jabatan/agensi kerajaan atau bukan kerajaan

Unit Perancang Ekonomi Negeri

OBJEKTIF

  1. Menjadi penggerak utama perancangan dan pembangunan ekonomi negeri.
  2. Menyelaras, mengesan dan menilai kemajuan projek-projek pembangunan.
  3. Menasihat kerajaan negeri mengenai isu-isu ekonomi, pelaburan dan penswastaan.
  4. Bertanggungjawab ke atas perancangan dan pelaksanaan pembangunan semua sektor dalam negeri.
  5. Menyediakan laporan ekonomi dan pembangunan negeri pada setiap tahun bagi memberikan maklumat perkembangan ekonomi dan pembangunan semasa negeri.
  6. Meneliti semua cadangan projek negeri dan membuat perakuan untuk kelulusan kerajaan negeri.
  7. Mengenalpasti projek atau isu yang memerlukan kajian kemungkinan atau kajian impak dan seterusnya kajian perlaksanaan tersebut.
  8. Menjadi urusetia kepada beberapa jawatankuasa bertindak dan lain-lain jawatankuasa 'ad-hoc' yang ditentukan dari masa ke semasa.

FUNGSI

  1. Menjadi Penggerak utama perancangan dan pembangunan ekonomi negeri.
  2. Memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan mengikut jadual dan menjurus kepada matlamat pembangunan Pihak Berkuasa Negeri.
  3. Memberikan pandangan/ulasan yang berwibawa bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri membuat keputusan.
  4. Menerbit Laporan Ekonomi dan Pembangunan Negeri secara berkala bagi memberikan maklumat perkembangan ekonomi dan pembangunan semasa negeri.
  5. Menjadi urus setia yang bertanggungjawab kepada jawatankuasa bertindak dan lain-lain jawatankuasa ‘ad-hoc’ yang ditentukan dari semasa ke semasa.
  6. Menyampaikan pandangan dan pendirian Pihak Berkuasa negeri kepada Kerajaan Persekutuan, pelabur dan pihak swasta, NGO dan lain-lain yang bercadang menjalankan aktiviti pembangunan.
  7. Mempastikan perancangan projek-projek dan halatuju pembangunan selari dengan dasar peringkat persekutuan seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Tindakan Kerajaan, National Key Result Area (NKRA), State Key Result Area (SKRA), matlamat RMK10 dan lain-lain lagi.

Unit Kerjasama Awam Swasta

OBJEKTIF

  1. Sebagai pusat kecemerlangan dan rujukan bagi program kerjasama awam swasta (Public Private Partnership) Negeri Sembilan; dan
  2. Memupuk dan memperkukuhkan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta ke arah penyampaian program PPP yang berkesan; dan

FUNGSI

  1. Pemudahcara bagi membantu dan menyelaras pelaksanaan projek-projek pelaburan dalam pelbagai sektor daripada sektor swasta;
  2. Menilai dan memperakukan cadangan projek daripada sektor swasta kepada UKAS , JPM;
  3. Menilai cadangan pihak swasta / pelabur untuk bekerjasama dengan Kerajaan dalam pelbagai sektor;
  4. Mengenalpasti projek berdaya maju (viability), menilai impak projek kepada pembangunan Negeri dan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri bagi pelaksanaanya;
  5. Memantau pelaksanaan projek – projek usahasama awam swasta;
  6. Memperkasa mekanisma penyampaian perkhidmatan melalui pelaksanaan secara pantas dan efisyen serta meningkatkan kecekapan dan produktiviti;
  7. Memberi khidmat nasihat secara berterusan kepada syarikat-syarikat sebagai pemudahcara;
  8. Meneliti dan memperakukan sokongan Kerajaan Negeri bagi projek-projek yang memohon dana UKAS JPM untuk dilaksanakan di Negeri Sembilan; dan
  9. Menjayakan program-program galakan pelaburan di Negeri Sembilan.

Unit Penyelarasan Dan Pemantauan Institusi Akar Umbi

OBJEKTIF

  1. Menyelaras dan memantau segala aktiviti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seleuruh Negeri Sembilan.

FUNGSI

  1. Menyelaras dan menguruskan pelantikan dan pindaan jawatan Pengerusi, Setiausaha dan AJK JKKK.
  2. Memaklumkan keputusan pelantikan dan pindaan jawatan Pengerusi, Setiausaha dan AJK JKKK kepada Pejabat Daerah dan Tanah.
  3. Mengurus dan menyelaras permohonan elaun Pengerusi, Setiausaha, kehadiran dan pengendalian mesyuarat di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
  4. Menyelaras kursus/seminar/bengkel yang melibatkan JKKK.
  5. Meyelaras penyertaan JKKK di dalam pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia, Program Desa Lestari dan Anugerah Ilham Desa.
  6. Menyelaras kehadiran JKKKK di dalam program – program Kerajaan di peringkat Negeri dan Kebangsaan.

Unit Perumahan

OBJEKTIF

  1. Menerima kutipan hasil rumah rakyat/rumah pangsa milik Kerajaan Negeri
  2. Menerima permohonan untuk memiliki Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) dan Rumah Harga Rendah Swasta di Negeri Sembilan
  3. Menerima permohonan pelepasan lot kuota bumiputra di Negeri Sembilan
  4. Menerima permohonan pengecualian pembinaan rumah harga rendah di Negeri Sembilan
  5. Mendaftarkan pemaju perumahan baru di Negeri Sembilan
  6. Mengurus penyelenggaraan Perumahan Awam Harga Rendah / Rumah Pangsa Kerajaan Negeri Sembilan
  7. Menerima permohonan pindah milik saudara kadim dan bukan saudara kadim bagi RAHR dan swasta

FUNGSI

Perancangan dan Pembangunan

  1. Merancang dan melaksanakan Program RAHR
  2. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Program RAHR / Rumah Pangsa
  3. Melaksanakan pelaksanaan kuota bumiputera
  4. Penyelarasan projek-projek perumahan swawsta terbengkalai
  5. Pemantauan projek swasta berdasarkan Pekeliling PTG.NS 1/1996
  6. Menerima dan memproses pemilihan peserta Program RAHR
  7. Menguruskan Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) RAHR dan Swasta
  8. Menyediakan senarai projek dan pemaju
  9. Memberi maklumat kepada orang awam/permohonan RAHR di Negeri Sembilan

Pentadbiran & Operasi

  1. Menguruskan pentadbiran dan pengurusan Program RAHR
  2. Tindakan penguatkuasaan Program RAHR
  3. Penyelarasan pengeluaran Suratan Hakmilik peserta Program RAHR
  4. Mengurus pentadbiran am bahagian dan perkhidmatan kakitangan
  5. Mengurus hal ehwal kewangan bahagian
  6. Penyelenggaraan fail-fail bahagian
  7. Menerima kutipan hasil Rumah Rakyat
  8. Menyelaras dan memeriksa tunggakan hasil Program RAHR
  9. Penyelaras kutipan hasil dari Majlis Perbandaran/Daerah
  10. Menjawab pertanyaan dan membuat semakan bayaran

Penguatkuasaan

  1. Memantau pematuhan syarat-syarat perjanjian Rumah Rakyat
  2. Melaksanakan Operasi Penyitaan dan penarikan balik rumah yang telah diagihkan/kepada peserta

Unit Kerajaan Tempatan

OBJEKTIF

  1. Menyelaras dasar-dasar berhubung dengan Kerajaan Tempatan untuk dilaksanakan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan.
  2. Menyelaraskan/mengemaskini peraturan/undang-undang kecil yang setuju terimapakai untuk dilaksanakan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan.
  3. Membantu semua Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha untuk mempertingkatkan hasil, pembangunan dan perkhidmatan kepada orang ramai.
  4. Membantu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya dasar-dasar / program / projek yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.
  5. Memastikan maklumat / data berhubung Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sembilan sentiasa dikemaskini.

FUNGSI

  1. Bertindak sebagai perantara di antara Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri atau Persekutuan.
  2. Bertindak menyelaraskan perkara yang berkaitan untuk dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan

OBJEKTIF

  1. Mengawalselia aktiviti dan undang-undang berkaitan kawasan tadahan air, empangan, perairan pantai, pengambilan air mentah serta pelencongan sungai agar sumber air mentah sentiasa dalam keadaan yang terpelihara dan mapan
  2. Mengurus pengeluaran lesen dan mengenakan caj penggunaan air mentah
  3. Menguatkuasa undang-undang dan pendakwaan kepada pelanggaran undang-undang yang termaktub dalam Akta Air 1920 [ Akta 418 ].

FUNGSI

BADAN KAWAL SELIA AIR ADALAH SEBUAH ORGANISASI YANG EFISEN DALAM MENGURUS SUMBER AIR MENTAH DI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. BKSA TERBAHAGI KEPADA TIGA (3) FUNGSI UTAMA:-

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

  1. Menyelaras dan mengawalselia pemberian lesen abstraksi sumber air bagi air permukaan dan air bumi.
  2. Memastikan kecukupan sumber air mentah
  3. Mengenalpasti dan membuat kajian bagi sumber air alternatif di Negeri Sembilan
  4. Menyelaras segala hal berkaitan kawasan tadahan air
  5. Menganalisa dan memantau Paras Air Empangan di Negeri Sembilan
  6. Memantau perkhidmatan bekalan air oleh Syarikat Air Negeri Sembilan.
  7. Mewujudkan pangkalan data bagi tujuan pengumpulan maklumat pemegang lesen abstraksi sumber air serta rujukan kepada permohonan pengeluaran pasir sungai dan darat

BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN

  1. Menyelaras polisi dan peraturan yang terpakai berkaitan sumber air mentah.
  2. Menguruskan hal-hal pindaan, penggubalan yang berkaitan dengan perundangan di bawah akta Air 1920.
  3. Menguatkuasa pematuhan peraturan, syarat dan undang-undang berkaitan kawasan tadahan air, sungai, empangan, perairan pantai dan pengambilan sumber air mentah yang berkaitan dengan perundangan di bawah Enakmen Air (Pindaan Akta Air 1920) 2007
  4. Mengeluarkan notis dan membuat tindakan undang-undang ke atas premis @ individu dan syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Enakmen Air (Pindaan Akta Air 1920) 2007
  5. Menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pencemaran sumber air mentah.
  6. Memantau dan menguruskan aduan.

BAHAGIAN PENDAFTARAN DAN HASIL

  1. Mengurus pengeluaran bil berkaitan penggunaan air mentah.
  2. Mengutip hasil dan deposit daripada pengguna-pengguna air mentah.
  3. Membantu dalam perolehan kerja penyelenggaraan.

Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan

OBJEKTIF

  1. Menggerakkan pembangunan pelancongan menerusi produk, promosi, pakej dan acara/aktiviti pelancongan secara menyeluruh dan komprehensif.
  2. Mewujudkan produk-produk pelancongan yang menarik di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa secara bersepadu di seluruh Negeri Sembilan merangkumi produk-produk yang dibangunkan oleh agensi Kerajaan dan Swasta.
  3. Memperkenalkan produk-produk pelancongan sedia ada dan baru di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan dan Swasta.
  4. Menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pelancongan Negeri Sembilan.

FUNGSI

  1. Bertindak sebagai peneraju kepada agensi-agensi Kerajaan dan Swasta yang mempunyai kaitan langsung mahupun tidak langsung dengan sektor pelancongan negeri.
  2. Mewujud dan mengemaskini inventori mengenai produk pelancongan untuk rujukan,promosi dan pemantauan.
  3. Mengenalpasti, menilai dan membangun produk-produk baru,menambah baik produk sedia ada.
  4. Mempromosikan dan memasarkan produk-produk,pakej pelancongan termasuk acara di dalam negeri dan luar Negara.
  5. Menyelaras pelaksanaan program dan acara pelancongan di peringkat Negeri termasuk penganjuran oleh pihak swasta dan NGO’s.
  6. Menyediakan bank data kemasukan pelancong untuk tujuan perancangan, rekod dan rujukan.
  7. Menyediakan bajet pembangunan dan memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan pelancongan di Negeri Sembilan.
  8. Melaporkan statistik jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Sembilan.

Unit Audit Dalam

OBJEKTIF

  1. Membantu pengurusan atasan mempertingkatkan tahap pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.
  2. Membantu pihak pengurusan atasan bagi memastikan program dan aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dan diuruskan secara ekonomi, cekap dan berkesan.
  3. Menyediakan laporan yang benar dan saksama di samping mengemukakan syor-syor penambahbaikan ke arah memantapkan akauntabiliti dan tadbir urus pentadbiran awam.
  4. Memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada semua Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri.

FUNGSI

  1. Membantu pihak pengurusan dalam mencapai objektifnya dengan memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan dengan teratur di semua peringkat.
  2. Menentukan operasi kewangan semua Jabatan/Agensi Negeri diuruskan dengan teratur selaras dengan dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.
  3. Menilai ketepatan, kesempurnaan dan kebolehpercayaan semua rekod, sistem perakaunan, maklumat pengurusan dan sistem kawalan dalaman yang wujud.
  4. Memastikan semua program dan aktiviti dilaksanakan dengan ekonomi, cekap dan berkesan dalam mencapai matlamatnya.
  5. Memastikan semua aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
  6. Memberi khidmat nasihat dan pandangan kepada Jabatan/Agensi mengenai pengurusan kewangan.

Unit Korporat, Inovasi Dan Kualiti

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan imej dan persepsi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  2. Melaksanakan usaha-usaha bagi memantap dan memperkasa pengurusan pelanggan Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
  3. Menyelaras dan merancang program bagi mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan.
  4. Melaksanakan program-program inovasi dan kualiti mengikut perancangan bagi meningkatkan kualiti pengurusan Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

FUNGSI

  1. Menyelaraskan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  2. Menyelaras dan memantau pengursan pelanggan dan pencapaian Piagam pelanggan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  3. Menyelaras dan menguruskan maklum balas minit mesyuarat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  4. Menyelaras pelaksanaan Majlis Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Majlis Perhimpunan bersama YB Setiausaha Kerajaan.
  5. Menyelaras program-program lawatan kerja agensi kerajaan atau badan-badan luar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  6. Menyelaras dan menerbitkan Laporan Tahunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  7. Menyelaras tugas-tugas khas YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  8. Menyelaras sidang akhbar dengan pihak media.
  9. Menyelaras urusan publisiti dan promosi program rasmi Kerajaan Negeri.
  10. Menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Sembilan.
  11. Menganjurkan Sambutan Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan.
  12. Menyelaras dan melaksanakan progam-program inovasi dan kualiti di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  13. Menyelaras pelaksanaan dan pemantauan MS ISO 9001:2008
  14. Menyelaras pelaksanaan Penilaian Penarafan Bintang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan

OBJEKTIF

  1. Untuk menyelesaikan aduan dengan cekap, adil dan berkesan berdasarkan piagam pelanggan Unit Pengaduan Awam.
  2. Untuk meningkatkan kadar penyelesaian aduan yang diterima daripada orang awam.
  3. Untuk menyedia dan meningkatkan kemudahan membuat aduan kepada orang awam.
  4. Untuk mengurangkan aduan yang berulang-ulang terhadap perkhidmatan awam.
  5. Untuk memperkenalkan pembaharuan dan inovasi berasaskan aduan awam.
  6. Untuk memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan.
  7. Untuk mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam.

FUNGSI

  1. Menerima pengaduan-pengaduan orang awam mengenai ketidakpuasan mereka terhadap sebarang tindakan pentadbiran Kerajaan Negeri yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada, termasuk salahlaku, penyelewengan, salah guna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.
  2. Bertindak sebagai urusetia aduan terhadap 34 jabatan/agensi Kerajaan Negeri serta jabatan/agensi Persekutuan di Negeri Sembilan dan memantau penerimaan dan penyelesaian aduan secara konsisten dengan menggunakan sistem SPANS.

Pautan Agensi

Pautan Negeri

Capaian Terus