Khidmat KliP Mobile di bawah NBOS peringkat Negeri Sembilan menarik minat dua wakil rakyat dari Gemas dan Gemencheh untuk datang meninjau kelangsungan program dan sekaligus berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan dan mata. Tinjauan Dato’ Abdul Razak AB. Said, Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas dan Tuan Mohd Isam Haji Mohd Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh mendapati program yang diadakan ini begitu terkesan di hati masyarakat terutamanya yang di tinggal di kawasan luar bandar.

Dato’ Abdul Razak berkata, inilah penawaran perkhidmatan yang ditegaskan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan sebelum ini yang begitu mengharapkan agar perkhidmatan kerajaan yang disediakan perlu menjurus kepada mendekati rakyat. “Apabila adanya perkhidmatan percuma sebegini dengan disediakan juga Klinik Pakar Bergerak Mata dari USIM, amat membantu masyarakat kampung terutamanya warga usia emas yang begitu memerlukan rawatan sebegini,” katanya.

Beliau juga berkata, pergerakan di kalangan warga usia emas amat terbatas dan adalah sukar bagi mereka untuk pergi ke hospital daerah yang jaraknya jauh dari tempat tinggal bagi membuat pemeriksaan awal.

“Saya begitu yakin, perkhidmatan seperti ini amat memudahkan dan begitu membantu golongan warga usia emas dan masyarakat luar bandar untuk membuat pemeriksaan awal tahap kesihatan mereka sebelum rawatan susulan di buat di hospital daerah,” katanya. Tuan Isam yang turut berada di lokasi berharap agar KliP Mobile akan datang ke Gemencheh pula untuk masyarakat di kawasan berkenaan menerima kemudahan perkhidmatan yang disediakan.

“Saya begitu teruja apabila meninjau perjalanan program yang diadakan pada hari ini dan jelas usaha yang dibuat ini tidak sia-sia, malah semakin mendapat tempat di hati masyarakat,” katanya.

Menurutnya lagi, kebanyakan orang ramai yang membuat pemeriksaan hari ini begitu berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mereka meminta agar sering diadakan bagi memudahkan mereka yang tinggal jauh dari bandar. Seramai lebih 60 orang mendapatkan perkhidmatan KliP Mobile yang diadakan di Balairaya Kampung Ulu Yoh, Tampin.

Sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung berkenaan begitu menggalakkan kerana di kalangan mereka tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan kemudahan perkhidmatan yang diberikan begitu dekat dengan mereka. Kebanyakan pesakit yang menerima rawatan adalah mereka yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, manakala bagi pesakit walk-in pula akan disaring terlebih dahulu sebelum rawatan dan pemeriksaan lanjutan dibuat.

Sepanjang tujuh bulan pertama pada tahun ini, tujuh lagi destinasi penjelajahan KliP Mobile yang telah diadakan adalah di Rumah Rakyat Panchor Jaya (Seremban), Kampung Tanjung Agas (Port Dickson), Kampung Purun Tanjung Ipoh (Kuala Pilah), Kg Ladang Geddes, Jempol dan Kg Pasoh 4, Jelebu, Kampung Pedas Hilir, Rembau. Sebanyak tiga pasukan menawarkan perkhidmatan kesihatannya di Kampung Ulu Yoh, Tampin yang terdiri daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan membawa kepakaran Klinik Pakar Mata Bergerak, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Klinik Kesihatan Tampin.

Jabatan Kebajikan Masyarakat turut membuka kaunter mereka bagi kemudahan pesakit untuk mendapatkan bantuan berhubung permohonan bagi pembelian cermin mata atau kanta mata di kalangan warga emas yang memerlukan rawatan. Gabungan usaha bagi penganjuran program ini turut disertai oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Daerah Tampin dan Jawatankuasa Kuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK).


Tilawah Dan Hafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019

MTAQ
Seremban, 12 Mac 2019 (Korporat SUKNS) - Sejumlah 28 qari dan qariah akan mengambil bahagian pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2019 yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 22 Mac di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.

Baca selanjutnya...

PSUKNS CAPAI SASARAN MELEBIHI 100% PENERBITAN SET DATA TERBUKA BAGI TAHUN 2018

dtsa
PUTRAJAYA, 4 Mac 2019 -
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) telah berjaya mencapai sasaran melebihi 100% yang telah ditetapkan oleh MAMPU dalam penerbitan set Data Terbuka di Portal Data Terbuka pada tahun 2018. Sebanyak 83 set data telah berjaya diterbitkan melebihi 50 set data yang telah ditetapkan oleh MAMPU.

Baca selanjutnya...

Setiausaha Kerajaan Negeri Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri Sembilan


Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengetuai senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena ulang tahun ke-71 keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Baca selanjutnya...

Kerajaan Negeri Sembilan Sertai MAHA 2018

MAHA_2018
Sektor pertanian akan terus kekal penting dan relevan kerana tidak lagi dilihat sebagai pengeluaran makanan tetapi telah diterima sebagai faktor penting dalam menjamin “food security” atau keselamatan makanan negara. Kerajaan sedang dalam kajian bagi merangka Dasar Agro Makanan Negara 2021-2030 yang bertujuan memacu pemodenan sektor agro makanan.

Baca selanjutnya...

  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS
  • Sebut Harga No.JPV.NS.S 10/2019 baru
    Membekal dan Menghantar Pelbagai Jenis Makanan Ternakan untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan Bagi Tahun 2019.
  • Sebut Harga No.JPV.NS.S 09/2019 baru
    Membekal dan Menghantar Anak Ayam Kampung Kacukan Sebanyak 10,000 Ekor, 500 Ekor Anak Itik Pedaging Baka Mascovy, 500 Ekor Itik Penelur Baka Khaki Chambell dan Makanan Permulaan Ayam/Itik Sebanyak 250 Beg Bagi Program Transformasi Ekonomi Desa 2019.
  • Sebut Harga No.JPV.NS.S 08/2019 baru
    Membekal Dan Menghantar Semen Beku Untuk Program Unit Pembiakbakaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan Bagi Tahun 2019.
  • Sebut Harga SH/SUKNS/ BIL.13/2019baru
    Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah Dan Menyelenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Naik Taraf Local Area Network (LAN) Di Pusat Data Unit Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  • Sebut Harga SH/ SUKNS/BIL.12/2019 baru
    Perkhidmatan Semburan Serangga Dan Kawalan Serangga Perosak Di Balai-Balai Undang Yang Empat Dan Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin.
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.10/2019 dan SH/ SUKNS/BIL.11/2019baru
    Kerja-Kerja Menaiktaraf Lantai Dewan Terbuka Serta Kerja Berkaitan Di Kompleks Sukan Tan Sri Dato’ Hj. Mohd Said Seremban 2, Negeri Sembilan Darul Khusus.
    Kerja-Kerja Menaiktaraf Pagar Gelanggang Lawn Bowl Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Kompleks Sukan Tan Sri Dato’ Hj. Mohd Said Seremban 2, Negeri Sembilan Darul Khusus
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.9/2019baru
    Kerja-Kerja Mengecat Bumbung Rumah Kuarters 3334 Dan 3336 Jalan Keliling Serta Kerja-Kerja Berkaitan.
  • KENYATAAN TENDER JBA/(T)/01/2019baru
    Pengurusan Sumber Air Mentah bagi Loji Air Gemas
    Pakej 1 - Membina Dan Menyiapkan Pintu Alur Limpah, Rumah Kawalan, Struktur Pam Dan Lain-lain Kerja Yang Berkaitan

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus