Seremban, 17 Julai 2019 (Korporat SUKNS) - Lima Jabatan dan Agensi telah mencapai tahap cemerlang dari segi prestasi pengurusan kewangan pada tahun lepas iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah, Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1, prestasi Jabatan dan Agensi di negeri ini bagi tahun berkenaan berada pada tahap baik berdasarkan kepada markah keseluruhan pematuhan terhadap peraturan pengurusan kewangan.

Manakala enam Jabatan dan Agensi di tahap baik ialah Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Daerah Jelebu, PLAN Malaysia@Negeri Sembilan, Majlis Daerah Rembau dan Jabatan Pertanian.

Bagaimanapun, menurut laporan itu terdapat beberapa Jabatan dan Agensi perlu meningkat dan memantapkan lagi kawalan dalaman pengurusan kewangan agar isu yang dibangkitkan tidak berulang serta mengurangkan risiko ketidakpatuhan yang lebih serius.

Sehubungan itu, Jabatan dan Agensi hendaklah mengambil tindakan sewajarnya seperti memastikan pengetahuan dan kemahiran pegawai yang terlibat dalam pengurusan kewangan dipertingkatkan dengan memberi latihan sewajarnya secara berterusan.

Tindakan lain ialah pemeriksaan secara menyeluruh dijalankan untuk menentukan sama ada kelemahan yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara juga berlaku di bahagian lain memandangkan pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara adalah berdasarkan sampel dan skop yang terhad.

Laporan audit itu juga turut menyatakan agar berusaha mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan terbaik untuk mengekalkan kecemerlangan tahap prestasi pengurusan kewangan di mana Buku Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Daripada Perspektif Jabatan Audit Negara Edisi 2 boleh dijadikan rujukan.

Selain itu, menjalankan penyeliaan yang lebih rapi terhadap kerja yang dilaksanakan oleh pegawai bawahan yang terlibat dalam pengurusan kewangan untuk memastikan peraturan kerajaan yang ditetapkan sentiasa dipatuhi.

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus