Seremban, 22 April 2019 (Korporat SUKNS) - DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14.

Keberangkatan tiba baginda bersama DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud disambut oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Turut menyambut keberangkatan tiba baginda berdua ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir Undang Yang Empat dan barisan exco kerajaan negeri.

DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kemudian menerima sembah ‘Hormat Diraja’ oleh Kawalan Kehormatan Utama (KKU) didirikan oleh Pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja berkekuatan seramai 3 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat. Ketua Perbarisan adalah Mejar Muhammad Afandi Taha.

Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 ini akan berlangsung selama 6 hari bermula 22 April sehingga 30 April 2019.

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus