Seremban, 13 Februari 2019 (Korporat SUKNS) -
Lebih 15,000 pengunjung dijangka memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia bersempena sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Centrio, Seremban 2 di sini pada 17 Februari ini. Sambutan ini merupakan acara tahunan peringkat nasional anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Majlis yang akan dirasmikan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, antara lain bertujuan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum serta menyemarakkan semangat Malaysia Baru. Majlis juga mengetengahkan tradisi sambutan perayaan Tahun Baru Cina di negara ini sebagai satu daripada wadah pelancongan negara.

Pelbagai acara mesra rakyat dan perpaduan kaum diadakan bagi memeriahkan sambutan ini. Selain persembahan artis, aktiviti seperti pertandingan peragaan Cheongsam, senaman Zumba dan CNY Idol, turut diadakan sepanjang program itu berlangsung, bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.30 malam.

Dalam pada itu, YAB Menteri Besar Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun dan semua anggota Exco kerajaan negeri akan terlibat dalam program Titik Sentuhan dengan yang melibatkan warga emas di Pusat Aktiviti Warga Emas, Sikamat pada pukul 5 petang, 17 Februari. Program Titik Sentuhan bertujuan meraikan warga emas yang terdiri daripada pelbagai kaum agar dapat bersama-sama menikmati sambutan Tahun Baru Cina.

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus