Khidmat KliP Mobile di bawah NBOS peringkat Negeri Sembilan menarik minat dua wakil rakyat dari Gemas dan Gemencheh untuk datang meninjau kelangsungan program dan sekaligus berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan dan mata. Tinjauan Dato’ Abdul Razak AB. Said, Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas dan Tuan Mohd Isam Haji Mohd Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh mendapati program yang diadakan ini begitu terkesan di hati masyarakat terutamanya yang di tinggal di kawasan luar bandar.

Dato’ Abdul Razak berkata, inilah penawaran perkhidmatan yang ditegaskan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan sebelum ini yang begitu mengharapkan agar perkhidmatan kerajaan yang disediakan perlu menjurus kepada mendekati rakyat. “Apabila adanya perkhidmatan percuma sebegini dengan disediakan juga Klinik Pakar Bergerak Mata dari USIM, amat membantu masyarakat kampung terutamanya warga usia emas yang begitu memerlukan rawatan sebegini,” katanya.

Beliau juga berkata, pergerakan di kalangan warga usia emas amat terbatas dan adalah sukar bagi mereka untuk pergi ke hospital daerah yang jaraknya jauh dari tempat tinggal bagi membuat pemeriksaan awal.

“Saya begitu yakin, perkhidmatan seperti ini amat memudahkan dan begitu membantu golongan warga usia emas dan masyarakat luar bandar untuk membuat pemeriksaan awal tahap kesihatan mereka sebelum rawatan susulan di buat di hospital daerah,” katanya. Tuan Isam yang turut berada di lokasi berharap agar KliP Mobile akan datang ke Gemencheh pula untuk masyarakat di kawasan berkenaan menerima kemudahan perkhidmatan yang disediakan.

“Saya begitu teruja apabila meninjau perjalanan program yang diadakan pada hari ini dan jelas usaha yang dibuat ini tidak sia-sia, malah semakin mendapat tempat di hati masyarakat,” katanya.

Menurutnya lagi, kebanyakan orang ramai yang membuat pemeriksaan hari ini begitu berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mereka meminta agar sering diadakan bagi memudahkan mereka yang tinggal jauh dari bandar. Seramai lebih 60 orang mendapatkan perkhidmatan KliP Mobile yang diadakan di Balairaya Kampung Ulu Yoh, Tampin.

Sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung berkenaan begitu menggalakkan kerana di kalangan mereka tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan kemudahan perkhidmatan yang diberikan begitu dekat dengan mereka. Kebanyakan pesakit yang menerima rawatan adalah mereka yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, manakala bagi pesakit walk-in pula akan disaring terlebih dahulu sebelum rawatan dan pemeriksaan lanjutan dibuat.

Sepanjang tujuh bulan pertama pada tahun ini, tujuh lagi destinasi penjelajahan KliP Mobile yang telah diadakan adalah di Rumah Rakyat Panchor Jaya (Seremban), Kampung Tanjung Agas (Port Dickson), Kampung Purun Tanjung Ipoh (Kuala Pilah), Kg Ladang Geddes, Jempol dan Kg Pasoh 4, Jelebu, Kampung Pedas Hilir, Rembau. Sebanyak tiga pasukan menawarkan perkhidmatan kesihatannya di Kampung Ulu Yoh, Tampin yang terdiri daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan membawa kepakaran Klinik Pakar Mata Bergerak, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Klinik Kesihatan Tampin.

Jabatan Kebajikan Masyarakat turut membuka kaunter mereka bagi kemudahan pesakit untuk mendapatkan bantuan berhubung permohonan bagi pembelian cermin mata atau kanta mata di kalangan warga emas yang memerlukan rawatan. Gabungan usaha bagi penganjuran program ini turut disertai oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Daerah Tampin dan Jawatankuasa Kuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK).


Kenderaan Baru Bagi Meningkatkan Aktiviti Penguatkuasaan Di Negeri Sembilan


Seremban, 27 Jun 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.68 juta bagi pembelian 10 kereta jenis Toyota Hilux dan lima Mitsubishi Outlander yang akan digunakan penguatkuasa pentadbiran kerajaan negeri bagi meningkatkan dan memantapkan aktiviti penguatkuasaan bagi bidang tugas masing-masing.

Baca selanjutnya...

Setiausaha Kerajaan Negeri Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri Sembilan


Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengetuai senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena ulang tahun ke-71 keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Baca selanjutnya...

  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.32/2019 baru
    Perkhidmatan Menyediakan Dan Mengendalikan Peralatan Sistem Audio, Pencahayaan Dan Screen LED Bagi Program Di Bawah Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2019 Peringkat Negeri Sembilan.
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.31/2019 baru
    Perkhidmatan Sewaan Keperluan Khemah, Peralatan Dan Keperluan Logistik Bagi Program Di Bawah Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2019 Peringkat Negeri Sembilan.
  • Sebut Harga UP 22/2019 dan UP 23/2019 baru
    Kerja-Kerja Menaiktaraf Landskap di Rumah Pangsa Senawang 1, Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
    Kerja-Kerja Menaiktaraf Skim RAHR Daif di Negeri Sembilan - RAHR Batang Rokan Daerah Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • Sebut Harga JPV.NS.S. 12/2019 baru
    Membekal dan Menghantar Peralatan bagi Program Pembangunan Kawalan Makhluk Perosak Negeri Sembilan 2019.
  • Tender PKwNS/T/01/2019 baru
    Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyelenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Perkakasan dan Perisian Komputer Tahun 2019 bagi Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan.
  • Sebut Harga JPV.NS.S. 18/2019 baru
    Membekal dan Menghantar Sexed Semen Beku dan Peralatan Untuk Program Unit Pembiakbakaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan bagi Tahun 2019.
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.30/2019 baru
    Perkhidmatan Penyewaan Dan Pengurusan Mesin Fotostat Multifungsi Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus