Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) terpilih mewakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2016 Peringkat Negeri yang akan berlangsung selama dua hari bermula 19 September di Theatteret, Wisma Negeri.

Sebanyak lima kumpulan yang menyertai KIK peringkat PSUKNS membuat persembahan mereka di hadapan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Mat Ali Hassan dan Timbalannya Puan Salinah binti Ismail serta Ketua-Ketua Unit.

Panel Penilai KIK peringkat PSUKNS dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Cawangan Audit Dalam Puan Rageni binti Mohamad amat berpuas hati dengan persembahan mantap yang disampaikan oleh Puan Nurul Shuhaida binti Mohamed selaku Ketua Kumpulan.

Persembahan beliau yang bertajuk Ketidakcekapan Pengurusan Tempahan Bilik-Bilik Mesyuarat dan Dewan PSUKNS berjaya dipilih pemenang dengan menewaskan empat kumpulan yang lain iaitu dari Majlis Sukan Negeri (MSN), Unit Pengurusan Majlis Rasmi dan Protokol, Badan Kawal Selia Air dan Unit Kerajaan Tempatan.


Kenderaan Baru Bagi Meningkatkan Aktiviti Penguatkuasaan Di Negeri Sembilan


Seremban, 27 Jun 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.68 juta bagi pembelian 10 kereta jenis Toyota Hilux dan lima Mitsubishi Outlander yang akan digunakan penguatkuasa pentadbiran kerajaan negeri bagi meningkatkan dan memantapkan aktiviti penguatkuasaan bagi bidang tugas masing-masing.

Baca selanjutnya...

Tuanku Muhriz Berangkat Ke Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Sembilan


Seremban, 17 Jun 2019 (Korporat SUKNS) - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat mencemar duli menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Sembilan.

Baca selanjutnya...

Setiausaha Kerajaan Negeri Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri Sembilan


Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengetuai senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena ulang tahun ke-71 keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Baca selanjutnya...

  1. HEBAHAN
  2. KERATAN AKHBAR
  3. JAWATAN KOSONG
  4. TENDER/SEBUT HARGA
  5. NOTIS
  6. AKTA / PEKELILING
  7. TITAH UCAPAN
  8. TEKS UCAPAN YAB MBNS
  • Sebut Harga UP 22/2019 dan UP 23/2019 baru
    Kerja-Kerja Menaiktaraf Landskap di Rumah Pangsa Senawang 1, Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
    Kerja-Kerja Menaiktaraf Skim RAHR Daif di Negeri Sembilan - RAHR Batang Rokan Daerah Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • Sebut Harga JPV.NS.S. 12/2019 baru
    Membekal dan Menghantar Peralatan bagi Program Pembangunan Kawalan Makhluk Perosak Negeri Sembilan 2019.
  • Tender PKwNS/T/01/2019 baru
    Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyelenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Perkakasan dan Perisian Komputer Tahun 2019 bagi Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan.
  • Sebut Harga JPV.NS.S. 18/2019 baru
    Membekal dan Menghantar Sexed Semen Beku dan Peralatan Untuk Program Unit Pembiakbakaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan bagi Tahun 2019.
  • Sebut Harga SH/SUKNS/BIL.30/2019 baru
    Perkhidmatan Penyewaan Dan Pengurusan Mesin Fotostat Multifungsi Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Selanjutnya...

 

Pautan Agensi

  • KSN
  • MDeC
  • MSC Malaysia
  • JPA
  • LHDN
  • myGOV
  • SPA
  • MAMPU
  • SPR
  • PCB
  • myGOV Mobile

Pautan Negeri

Capaian Terus